Monday, March 29, 2010

Bekam dan patah.

Salam,

Bolehkah bekam merawat tulang yang patah?. Jawapannya TIDAK dan BOLEH?.

Setakat yang saya tahu, Bekam tidak boleh merawat tulang yang patah (bukan retak) supaya kembali bercantum. Kes ini perlu dirawat oleh doktor tulang atau dukun patah.

Tulang patah yang telah dirawat oleh pakar, boleh dibekam untuk membuang darah beku, darah kotor bertoksik dan darah yang tidak mengalir di sekitar tulang yang patah. darah yang dikeluarkan tersebut akan diganti dengan darah yang lebih segar oleh badan pesakit sendiri. Ini akan meringankan kesakitan pesakit dan mempercepatkan penyembuhan.

Rawatan bekam menggunakan lintah adalah rawatan bekam yang terbaik untuk tujuan ini kerana air liur lintah mengandungi pencair darah yang boleh mencairkan darah beku dan kental, seterusnya boleh disedut keluar oleh lintah dan alat bekam.

Penggunaan jarum dan pisau kurang sesuai kerana ianya amat menyakitkan dan kemungkinan tiada langsung darah yang boleh dikeluarkan kecuali dengan torehan pisau yang dalam.

Berbekam dengan menggunakan lintah telah lama digunakan dan ianya amat popular dalam kalangan tentera Napoleon Bonarparte untuk merawat tentera yang cedera dan patah supaya penyembuhannya boleh disegerakan.

Wallahu'alam. Kita berusaha, Allah SWT Maha Penyembuh.

Tuesday, March 16, 2010

Cuka Nipah dan Kurma


Salam,

Aku sangat gembira apabila Allah SWT mengurniakan kesembuhan pada pasien yang datang ke pusat rawatan ku. Yang datang dengan membawa pebagai masalah kesihatan yang kekadang buntu akal fikiran untuk merawatnya tetapi apabila kita menyerahkan bahawa soal kesembuhan itu adalah hak Allah SWT disamping berselawat, maka datang banyak ilham untuk merawat pasien tersebut dengan tiba-tiba.

Aku tersangat gembira apabila dapat menyebar-luaskan rawatan sunah iaitu rawatan yang dibuat dan disyorkan oleh Nabi Muhammad SAW, manusia sangat sempurna yang menjadi kekasih kita semua.

Antara perawatan itu ialah berbekam dan mengamalkan meminum cuka dari herba seperti hadith nabi SAW seperti berikut:

Gambar 1: Cuka Nipah HPA

Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)

HPA telah mengeluarkan cuka nipah yang berharga sangat berpatutan iaitu hanya RM12.00 sebotol 500 ml. Sebelum itu, kami sekeluarga dan kami juga mengesyorkan cuka kurma yang diimport yang berharga RM20.00 sebotol. Khasiatnya sangat baik dan hanya mereka yang mengamalkan cuka ini sebagai ubat dan makanan yang mengetahuinya.

Gambar 2: Cuka kurma import.

KHASIAT DAN KELEBIHAN KHAL
KHAL dapat menyembuhkan penyakit yang digeruni dewasa ini seperti kencing manis, darah tinggi, membuang kolesterol, lemak di jantung dan usus, mencegah obesiti,dan penjagaan kecantikan badan (slimming) secara semula jadi. KHAL dapat mencegah masalah asid berlebihan, masalah gout, buasir, masalah usus, sembelit, membuang toksik, menstabilkan kepanasan badan, migrain serta penjagaan kulit.

Cuka ini diminum sebanyak sekitar 15 ml selepas sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Rasanya masam dan ianya boleh dicampur dengan air untuk mengurangkan kemasamannya. Ianya lebih sempurna jika dicampur dengan madu sekitar 20 - 30 ml.

Cuka ini juga seperti herba-herba lain, ia akan menunjukkan kesan awal penyembuhan (DOC - Direction of cure) seperti keletihan, demam, sakit badan, bau busuk peluh dan pening. Kesan DOC mungkin sama atau berlainan di antara individu bergantung kepada keadaan pasien itu. Sekiranya DOC tidak terjadi, ini menunjukkan bahawa penggunaan herba tersebut tidak mencukupi dosnya atau tidak sesuai dengan pasien. Sekiranya DOC terlalu kuat sehingga tidak mampu ditanggung oleh pasien, sila kurangkan dos dengan mengurangkan kuantiti setiap kali diambil (contoh: selalu minum 15 ml, kurangkan ke 10 ml sahaja) atau kurangkan kekerapan (contoh 3 kali sehari menjadi 2 kali).

Penyakit datangnya dari Allah SWT untuk menghapuskan dosa kita, maka banyaklah memohon keampuan dariNya atau untuk meningkatkan darjat kita, maka banyaklah bersyukur kepadaNya. Kesembuhan tetap dariNya juga, oleh itu marilah bersama berdoa semoga kesembuhan dan kesihatan Allah SWT kurniakan kepada kita seandainya itu yang lebih baik untuk diri kita. Insya Allah.

Aku kutip artikel dibawah mengenai topik yang sama.

KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM

Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909.

http://utusanjamanedan.blogspot.com/2010/04/keperluan-cuka-kurma-oleh-tubuh-badan.html


Wallahu'alam.

Thursday, March 4, 2010

Masalah kelakian dengan Bekam.




Salam,

Masalah kelakian seperti mati pucuk dan pancutan pra-matang menjadi masalah utama untuk lelaki dewasa ini. Masalah ini ketara kerana pelbagai sebab antaranya ialah masalah makanan beracun, kualiti air, kualiti udara, onani dan kurang senaman.

Kemaluan lelaki mempunyai banyak urat saraf halus dan dikatakan ianya sebanyak 6 ribu urat saraf. Urat-urat ini mungkin tersumbat oleh darah yang pekat bertoksik. Oleh itu, rawatan yang terbaik ialah dengan mengeluarkan darah tersebut dengan berbekam di sekitar kemaluan, peha dan pinggang. Darah yang keluar akan diganti oleh badan dengan darah baru yang lebih segar, lebih berupaya membawa oksigen dan nutrien, dan pastinya lebih berkualiti meningkatkan kadar pengaliran darah ke kemaluan.

Disamping itu, uratan traditional untuk melancarkan pelancaran darah sangat membantu untuk merawat masalah kelakian ini.

Rawatan herba tertentu seperti Herba Tenaga Hayat dari HPA merupakan herba yang hebat untuk diamalkan tanpa kesan sampingan.

Sure Up ™ Cream Plus dirumuskan dengan 100% minyak essential yang diekstrak daripada herba-herba terpilih dan berfungsi untuk mengurangkan rasa sensitif di bahagian kepala alat sulit lelaki, yang mana ini merupakan penyebab utama kepada ejakulasi pra matang.

Seruan saya kepada pemuda-pemudi supaya segera bernikah kerana fitnah nafsu dan kemaluan ini sangat hebat. Sekiranya sudah ada pilihan hati maka segeralah bernikah dan pelbagai masalah lain yang dihadapi boleh diselesaikan dengan berbincang dengan ibubapa atau pejabat agama yang terdekat. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan.

Kepada ibubapa dan pejabat agama, permudahkan dalam urusan pernikahan ini. Semoga pasangan yang hendak bernikah itu mendapat berkat dari Allah SWT dan dikeluarkan mereka dari sebarang masalah yang dihadapi. Insya Allah

Wallahu'alam.