Friday, March 18, 2011

Kisah syirik lagi...

Seorang rakan perawat saya menceritakan kepada saya kisah syirik (menduakan Allah swt) dalam merawat pesakitnya. Begini lebih kurang dialognya:

Pesakit:

"Saka yang mengganggu saya sangat kuat". Keluh seorang pesakit dirumahnya.
Perawat:
"Sekuat mana pun saka yang menganggu tuan, tak akan terlawan dia dengan Allah swt dan Muhammad saw". Nasihat perawat untuk pesakit bergantung kepada Allah swt kerana Allah swt Yang Maha Perkasa dan tiada tolok bandingnya.
Pesakit:
"Tuan, YANG INI LAGI KUAT!". Jawab pesakit yang berbau kesyirikan kerana mendakwa saka yang menggangunya lebih gagah dari Allah swt Yang Maha Gagah.
Perawat:
"Tuan, kita kena jaga akidah kita". Sambung perawat lagi untuk membetulkan akidah pesakit yang kelihatan sudah terpesong.
Pesakit:
"Betul tuan, saya jaga sembahyang saya". Sampuk pesakit tanpa dapat menbedakan antara akidah dan ibadah.
Allah swt yang menjadikan semua makhluk termasuklah iblis, syaitan, jin dan manusia. mana boleh kekuatan makhluk hendak dibandingkan dengan penciptanya iaitu Allah swt. Jelas syirik jika ada yang beriktikad bahawa makhluk lebih perkasa dari Maha Perkasa. Jelas kesyirikkan seumpama itu telah berlaku dalam dialog diatas kerana mempercayai saka yang mengganggu diri pesakit lebih gagah dari Yang Maha Gagah iaitu Allah swt.


Ada dikalangan kita masih tidak dapat membezakan antara akidah dan ibadah. Sekiranya akidah kita benar, meninggalkan ibadah adalah berdosa tetapi sekiranya akidah kita tergelincir, maka tiada gunanya lagi ibadah.

Bagi yang ingin maklumat lanjut, sila hubungi kami atau ustaz yang benar.

Terima kasih.

Wallahu'alam.

Wednesday, March 9, 2011

Rawatan lintah untuk kecantikkan.


Lintah boleh digunakan untuk merawat serta melicinkan wajah seseorang yang bermasalah dengan kos yang rendah berbanding dengan rawatan moden dan kotemporari yang lain.

Rawatan ini sangat "natural" tanpa penggunaan bahan kimia dalam kosmetik yang dalam jangka masa yang panjang boleh merosakkan kulit wajah seseorang.

Cuma rawatan lintah ini perlu dijalankan oleh perawat yang berkemahiran kerana tidak semua pesakit boleh menjalankan rawatan ini dan ianya mempunyai kesan sampingan seperti kegatalan.