Sunday, May 29, 2016

BEKAM INDIA BERAGAMA HINDU

Salam.

Malam ini 26hb Mei 2016, kami membekam seorang India baru berusia 33 tahun, penganut ugama hindu & bekerja sebagai jurutera syarikat penerbangan. Beliau sering sakit kepala. Makan ubat penahan sakit pun tidak berkesan.

Ramai juga India beragama hindu membuat bekam dengan kami.
Diagnos : Kolesterol tinggi & tres luaran menyebabkan tekanan darahnya naik. Seterusnya menyebabkan sakit kepala.

Rawatan : Bekam dibantu dengan amalan minum minyak zaitun, senaman dan kurangkan stres.

Kita berubat dan kesembuhan itu milik Allah. Semoga beliau beroleh kesembuhan & hidayah berkat amalan sunnah nabi Muhammad saw ini.

Orang Melayu Islam masih ramai yang tidak percaya lagi @ tidak pernah amal lagi sunnah nabi Muhammad saw ini.

Wallahualam



Thursday, September 26, 2013

DARAH BEKAM DIKEPALA

 
Darah bekam orang yang selalu sakit kepala dengan menggunakan hirisan pisau. Hirisan pisau tidaklah berapa sakit dan lebih mirip kepada amalan sunnah Nabi Muhammad saw. Jumlah darah bertoksik yang dapat dikeluarkan juga banyak.

Melalui darah yang dikeluarkan ini, kita dapat membezakan antara darah yang baik dan darah yang memudharatkan kesihatan.

Hari ini tanggal 21 Zulkaedah, hari yang afdhal berbekam selain 17 dan 19 haribulan setiap bulan dalam kalender Islam.

Hanya 10 sahabat syurga dijamin,
Hendaklah beramal berdoa bertubi;
Berbekamlah kamu wahai muslimin,
Untuk kesihatan sunnah anjuran Nabi.

Khidmat berbekam di rumah juga sudah disediakan. Hubungi, sms @ wassup Mohamad Husaini Husin di 017399 9122 untuk temujanji.

Wallahua'lam. Insya Allah...

Wednesday, August 21, 2013

CAWAN BEKAM DAN GETAH GANTI UNTUK DIJUAL.



Untuk dijual dan stok terhad.
1) Set 12 cawan (cup) bekam berkualiti dan
2) Getah hitam untuk ganti getah yang lembut, rosak dan mudah tercabut dari cawannya.

Tawaran seperti dalam gambar di bawah:

Jika berminat sila SMS atau wassup 017-399 9122.

Sekian. Terima kasih.

Sunday, June 2, 2013

TESTIMONI ORGA HONEY & KASTURI AL-FURQAN

Alhamdulillah. Pembantu saya, Ust Dor Jasmin dan isteri, Suzana Mohd Samsi telah melawat anak buahnya, Nor Atiqah Mohd Shafie yang berumur 16 tahun yang berada di hospital.

Mereka dipanggil oleh ibu Nor Atiqah, Suraiya Mohd Samsi kerana Atiqah mengalami sawan yang semakin teruk.

Nor Atiqah, gadis remaja yang sudah lama terlantar sakit. Badannya sangat kurus, ibarat hanya tinggal kulit dan tulang sahaja. Tengkorak kepala kanannya telah pernah dikeluarkan. Ada salur ditengkorak kanannya untuk mengeluarkan cecair dari otak bahagian tersebut. Makan dan minum juga hanya mengunakan salur.

Ust Jas telah memberi kpd ibubapa Atiqah sebotol Orga Honey, campuran madu dan herba terpilih sesuai untuk banyak penyakit terutamanya masalah saraf. Ia juga telah dibacakan ayat-ayat penyembuh (Syifa') terpilih. Apabila Atiqah diberikan dengan Orga Honey ini, sawanya semakin menjadi, namun diteruskan juga. Setelah beberapa hari, Alhamdulillah dengan izinNya, sawan Atiqah beransur pulih.

Atiqah mengadu tidak boleh lelapkan mata. Bapanya telah menelefon Ust Jass dan Ust Jass teringat telah memberi sebotol Minyak Kasturi al-Furqan kepada bapa Atiqah, dan meminta dia menyapukan minyak ini di muka dan badan Atiqah. Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, Atiqah dapat tidur dengan lena sekali selepas itu.

Keesokannya, ibubapa Atiqah mendapati ada sesuatu seperti kaca keluar dari tubuh Atiqah. Cecair dari pembedahan kepala Atiqah juga keluar dengan lebih banyak melalui salur yang dibuat oleh doktor. Sekarang Nor Atiqah semakin pulih dan mungkin akan keluar dari wad bila-bila masa sahaja.

Alhamdulillah. Semuanya dengan izinNya atas sebab Orga Honey dan Minyak Kasturi al-Furqan.

Mari bersama kita doakan adik Nor Atiqah ini disembuhkan Allah swt dari penyakitnya dan kembali sihat seperti anak-anak remaja yang lain. Insya Allah...


NOTA 11 Jun 2013 
 
Innalillah... anak remaja ini yang telah 3 tahun menderita barah otak telah meninggal dunia hari ini dalam keadaan yang mudah. Marilah bersama menghadiahkan Fatihah kepada anak ini moga ia dirahmati Allah swt.

Sekian.

Monday, February 25, 2013

Solatlah nak...



Usia tua mata dah rabun,
Masih melawa kasut berkilat;
Apa guna harta bertimbun,
Hanya derita jika tidak bersolat.

Wallahua'lam Insya Allah

BEKAM & PENYAKIT KULIT




Seorang pesakit mengalami masalah kulit. Telah berbekam sebelum ini. Petang tadi berbekam lagi sebab penyakitnya telah sedikit reda.



Pergi ke Kuala Lumpur naik kereta,
Kereta Perodua buatan Malaysia;
Berbekam sunnahnya Nabi kita,
Pasti banyak manfaatnya kepada manusia.

Wallahu'alam Insya Allah

Tuesday, September 4, 2012

Pelajar Nigeria berbekam.



Minum Kopi O dan juga teh,
Perut kembung terasa longlai;
Pelajar NIGERIA berbekam di PUTEH,
Belajar di salah satu kolej di Nilai.

Buah Delima dan buah Kiwi,

Dibelah-belah bawa berkelah;
Dibekam oleh Syukur al-Rembawi,

Walau kulit gelap darah tetap merah...

Hahaha...

Hubungi Ustaz Syukur al-Rembawi 017-3627238 untuk temujanji berbekam, refleksologi & urut tradisional.

Monday, June 11, 2012

BERLINDUNG DARI SYAITAN



Manusia jangan mendabik dada,
Allah Maha Kuasa tempat berpohon;
Kelmarin merawat anak muda,
Di PPUM baru berumur 13 tahun.

Segala takdir rugi atau untung,
Semuanya kurnia daripada Tuhan;
Jangkitan paru-paru dan jantung,
Penyakit misteri disyaki gangguan.

Ngajilah hingga ilmu penuh di dada,
Tetap Allah pemilik ilmu secara mutlak;
Belum lagi dirawat anak muda,
Ibu pula dada kencang berolak.

Semuanya Allah yang empunya,
Kita berusaha kepadaNya meminta;
Kami usahakan merawat keduanya,
Anak biasa saja ibu pula meronta.

Muliakan nabi dengan berselawat,
Moga kita Allah sentiasa pelihara;
Masuk dua kali ke bilik si jururawat,
Memastikan pesakitnya sejahtera.

Takutkan hanya Allah semata-mata,
Takut selainNya akidah dalam bahaya;
Pagi ini baru mendapat satu berita,
Anak muda sudah bertemu Tuhannya.

Allah swt Maha mengasihani,
Dia berdiri dengan sendirinya;
Kita sayangkan anak muda ini,
Allah swt lebih lagi menyayanginya.

Hidup tanpa zikir akan bosan,
MengingatiNya hati akan aman;
Iblis berjanji menyesatkan insan,
Askarnya bekerja sepanjang zaman.

Amalan khurafat mesti dibendung,
Amalan syirik pasti akan teraniaya;
Hanya Allah tempat kita berlindung,
Semoga kita menjadi insan pilihanNya.

Wallahu'alam.
 

Saturday, June 9, 2012

AKIBAT DERHAKA KEPADA IBU


Guruh bergema sunguh ngeri,
Jika menyambar satu tragedi;
Aku lihat dengan mata sendiri,
Nenek tua kurus kering melidi.

Awan hitam di puncak gunung,
Cukup luas seperti tiada bertepi;
Mata tertonjol jauh merenung.
Meringkut sengsara terlantar sepi.

Halilintar menyambar berapi-api,
Apinya memanjang bertali-tali;
Bila kami ada di sisi sunyi menyepi,
Keadaannya patut sudah kembali.

Ribut taufan melanda beribu batu,
Habis punah segala harta empunya;
Kata adiknya dia tidak lazim begitu,
Boleh berkata dan hebat makannya.

Bala musibah melanda huru-hara,
Manusia engkar ibadah tak rajin;
Diusahakan agar ringan sengsara
Sakit yakin bukan gangguan jin.

Bala musibah mungkin sebab onar,
Diturunkan Allah tanda murka;
Apabila diselidik ternyata benar,
Nenek tua sengsara sebab derhaka.

Kapal tengelam patah mudik,
Tenggelam juga banyak perahu,
Melanda ribut taufan Negera Jepun;
Ibunya dulu dianjing dan diherdik,
Cukup memilukan ceritanya dulu,
Kini, ibu tiada untuk pohon ampun.

Mata melihat terbeliak terkebil-kebil,
Kekuasaan Allah tidak dapat diukirkan;
Tanah kubur ibu perlu sedikit diambil,
Dengan tanah itu nenek tua dimandikan.

Puting beliung musnah rumah reban,
Semuanya musnah tiada lagi ehsan;
Moga Allah swt meringankan beban,
Terpulang kepadaNya segala keputusan.

Saturday, March 10, 2012

TETAMU ISTIMEWA

Berceramah setiap malam berapi-api,
Pembelaan warga Felda dalam ucapan;
Tuan Mazlan Aliman di Pusat Terapi,
Badan letih mendapatkan rawatan.


Setinggi terima kasih dirakam,
Sahabat lama dilupa jangan;
Beliau berurut dan berbekam,
Moga terus cergas untuk perjuangan. 
 
Hidup jangan asyik berangan-angan,
Teruskan langkah maju kehadapan;
Terima kasih kami kepada rombongan,
Sudi singgah moga bawa keberkatan.

Friday, January 27, 2012

BEKAM UNTUK MIGRAIN SAKIT KEPALA

Pagi-pagi sarapan ubi,
Enak dinikmati sekali-sekala;
Bekam itu sunnahnya nabi,
Baik untuk migrain sakit kepala.


Pergi sarapan di gerai Pak Atan,
Sarapan bersama Encik Azhan;
Seorang wartawan mendapat rawatan;
Sakit kepala sudah tidak tertahan.

Sarapan pagi selepas subuh,
Tanda hamba Allah yang taat;
Tetap Allah swt Maha Penyembuh,
Sunnah nabi pasti banyak manfaat.

Gadis Pak Atan sungguh rupawan,
Senyuman ayu indah disulam;
Kerja keras seorang wartawan,
Berusaha sehingga larut malam.



Senyuman indah masih terpahat,
Membuat teruna boleh berkelahi;
Siang bekerja malam berehat,
Itulah aturan sunnahnya Ilahi.

Sayang sekali gadis dah berpunya,
Dipinang oleh pahlawan perkasa;
Andai dilanggar sunnah aturanNya,
Badan tak tertanggung azab terasa.

Ramai jejaka sedih terbungkam,
Kembali pulih setelah dinasihat;
Marilah berusaha dengan berbekam,
Moga sembuh dan semakin sihat.

Insya Allah. Wallahu'alam.

Wednesday, December 28, 2011

Merawat resdung



Minyak zaitun bagus dimakan mentah,
Menjadi rosak jika dipanaskan;
Accupunture dan bekam lintah,
Kita berusaha Allah swt sembuhkan.

Abatusawda penawar penyakit kecuali mati,
Disabda Nabi saw beribu tahun dulu;
Rawatan resdung di pusat terapi,
Cikgu ini sudah 2 tahun tak dapat menghidu.

Thursday, December 1, 2011

Persoalan Iblis dan syaitan di bulan Ramadhan.



HARI INI ADIK IPAR BERTANYA "BULAN PUASA SYAITAN DIIKAT, MENGAPA ADA GANGGUAN DAN KERASUKAN".

DALAM MASALAH INI ADA 4 PENDAPAT IAITU :

1) Pendapat pertama:
Iblis dan jin syaitan yang tidak bertuan diikat. Tidak boleh mengganggu semua orang. Jin syaitan yang bertuan dan yang mencari tuan baru dikalangan manusia masih bebas untuk menjalankan perintah tuannya. Itu sebabnya dibulan puasa masih ada gangguan seperti saka dan sihir. Boleh sahaja tukang sihir menjalankan sihirnya di bulan mulia itu.

2) Pendapat kedua:
Iblis dan jin syaitan yang bertaraf tinggi saja diikat. Tidak boleh mengganggu semua orang. Jin syaitan yang rendah tarafnya masih bebas untuk mengganggu sesiapa sahaja termasuk menurut perintah tukang sihir. Itu sebabnya gangguan di bulan mulia itu berkurangan berbanding di bulan-bulan lain.

3) Pendapat ketiga:
Iblis dan jin syaitan semua diikat tanpa kecuali. Yang mengganggu dan merasuk di bulan mulia itu adalah jin kafir dan jin Islam sendiri.

4) Pendapat keempat:
Iblis dan syaitan tidak diikat seperti dibayangkan oleh ramai orang. Mereka masih bebas tetapi tidak boleh menghampiri orang yang berpuasa dengan ikhlas, apatah lagi untuk mengganggu. Itu sebabnya masih terlalu banyak maksiat dan kemungkaran di bulan mulia itu dilakukan oleh orang yang tidak berpuasa atau berpuasa tetapi tidak ikhlas.

Perlu diingat bahawa syaitan dikalangan manusia iaitu orang yang sentiasa mensyirikkan Allah & mengajak manusia lain mensyirikkan Allah, selalu berbuat dosa dan kemungkaran, memusuhi Allah swt dan Nabi Muhammad saw tidak diikat seperti kebanyakkan orang yahudi, dukun, pawang & bomoh.

Hawa nafsu dalam diri manusia juga tidak diikat. Oleh itu, boleh saja maksiat dan kemungkaran berlaku di bulan mulia itu walau pun tanpa campurtangan iblis dan jin syaitan. Ini adalah kerana hawa dan nafsu tidak dilawan & ditundukkan dengan puasa dan mujahadah yang ikhlas.

Wallahu'alam

Monday, November 28, 2011

DEWAN SEREMBAN JAYA, SENAWANG UNTUK DISEWA


Untuk bojayo polu wibawo,
Polu juo perancangan ghapi;
Dewan kuliah untuk disewo,
Sebolah dongan pusat terapi.

Wibawo kurniaan dari Ilahi,
Kono usoho dan doa selalu;
Ado 13 mejo 70 kerusi,
Boleh ditambah jiko dipolu.

Bojayo itu Allah izinkan,
Pasti gagal jiko tiado izinNyo
PA sistem bosa disediokan,
Cumo tak boleh berkareoke yo.

Nak bojayo ado petuo,
Polu berkorban jangan berkigho;
Aircond 3 hp ado duo,
Kipeh banyak tak terkigho.

Nak bojayo tak boleh bersahajo,
Kono banyak ilmu di dado;
Skrin putih terbontang ajo,
Cuma LCP projektor bolum ado.

Makan sayuran sepoti bayam,
Barulah petah bersyarah segala kalam;
Bawah ado restoran tomyam,
Sonang kalau nak makan malam.

Rasa kecewa jangan terbawo-bawo,
Hidup binasa atau pincang;
Kalau berhajat nak menyewo,
Hubungi den untuk berbincang.

Mohamad Husaini Husin
013-359 8318

Makanan dan berbekam sunnah

Menangis sayu si Abang Mamat,
Bila isteri lari ke Negara Balkan;
Kita ni umatnya nabi Muhammad,
Kenapa nasihat baginda kita lupakan?.

Abang Mamat sering saja sakit,
Ubat hospital sudah tak tertelan;
Abbadus sawda penawar segala penyakit,
Kenapa tidak kita jadikan amalan.

Isteri Abang Mamat tidak tertahan,
Dah lama nikah macam masih seorang;
Minyak zaitun juga ada dalam al-Qur'an,
Kolesterol pasti dapat dikurang.

Isteri Abg Mamat sudah tak ramah,
Bila Abg Mamat udah tak sentuh lagi;
Khal mesti ada setiap masa di rumah,
Itulah penawar dan makanan para nabi.

Abg Mamat berubat rasalah malu,
Isterinya muda tapi selera tawar;
Jangan dilupa peranannya madu,
Itu raja bagi segala herba dan penawar.

Puas isterinya nasihat dan berleter,
Dia buat tak reti tak juga marah;
Minumlah air sekurangnya 2 liter,
Baru terbaik peredaran darah.

Abang Mamat masih terbungkam,
Isterinya pergi tak kirim poskad;
Jangan lupa sering berbekam,
Sunnah nabi saranan malaikat!

Abang Mamat si suami,
Kena banyak berusaha dan berdoa;
Dapatkan semua di kedai kami,
Kami berusaha untuk kesihatan semua.

Monday, November 14, 2011

Berbekamlah kerana itu sunnah Nabi


Bersarang rendah si burung tempua,
Bersarang di kebun Pak Attan;
Salam sejahtera kepada semua,
Semoga Allah swt kurniakan kesihatan.

Burung Tempua terbang tersasar,
Terlanggar pokok patah sayapnya;
Janganlah takut janganlah gusar,
Berbekam itu kurang sakitnya.
Burung Tempua beranak lima,
Jatuh seekor di atas serambi;
Berbekamlah kita bersama-sama,
Berbekam itu sunnahnya Nabi.
Burung Tempua bersarang di pokok beringin,
Tangkap seekor dijual ke Pekan;
Wap air itu tandanya badan banyak angin,
Dengan berbekam angin badan dikeluarkan.
Burung tempua ditangkap Pak Itam,
Seekor terbang lari ke sempadan;
Kurang oksigen darah merah hitam,
Tidak baik untuk kesihatan badan.
Tempua bersarang atas bukit,
Bukit Berapit bercabang tiga;
Kaki lenguh dan sakit-sakit,
Jika dibekam Insya Allah lega.

Burung tempua berjaya dipikat,
Memikat burung di tepi tasik;
Darah berlendir lagilah pekat,
Itu tandanya darah banyak toksik.

Burung terkukur burung tempua,
Burung banyak di Negara Burma;
Berbekamlah kita semua,
Jaga kesihatan paling utama.

Thursday, June 16, 2011

Merawat kencing manis.


Kencing manis atau diabetes adalah kumpulan penyakit metabolik di mana seseorang mempunyai kandungan gula yang tinggi dalam darah. Ini disebabkan oleh pankreas tidak mengeluarkan insulin yang mencukupi atau berkualiti atau sel-sel tidak bertindakbalas dengan insulin yang dihasilkan. Diabetes menyebabkan simptom klasikal seperti sering kencing, kehausan dan meningkatkan kelaparan.

Terdapat 3 jenis diabetes yang utama:

Diabetes jenis 1: hasil dari tubuh gagal menghasilkan insulin dan rawatan moden memerlukan pesakit mengambil ubat merangsang pengeluaran insulin atau menyuntik sendiri insulin ke dalam tubuh sendiri.

Diabetes jenis 2: keadaan di mana sel-sel gagal menggunakan insulin dengan sewajarnya dan kekadang terjadi bersam dengan kekurangan insulin itu sendiri.

Diabetes Gestasi (Gestational): adalah apabila wanita mengandung yang tidak pernah mengalami diabetes sebelum ini mengalami diabetes semasa mengandung. Ia boleh berkembang menjadi diabetes jenis 2.


Rawatan di Pusat Terapi Health mengunakan beberapa kaedah yang perlu disinergikan (digabungkan) untuk merawat diabetes dengan lebih berkesan. Antara sinergi yang boleh dilakukan ialah dengan bekam, terapi air, herba periuk, refleksologi dan pelbagai herba lain. Herba yang paling mujarab untuk rawatan diabetes adalah Ageless sendiri.

Seorang pesakit diabetes dirawat dengan kaedah bekam.

Merawat pesakit diabetes perlukan ahli bekam yang mahir kerana ada pesakit diabetes yang lukanya sukar sembuh dan mungkin melarat. 

Allah swt yang menurunkan penyakit serta Dialah yang menyembuhkannya. Semuanya atas kekuasaanNya dan kehendakNya juga. Setiap penyakit pasti ada penyembuhnya kecuali tua dan maut. Alhamdulillah. Dengan kepemurahanNya dan keizinanNya, kami telah berjaya merawat ramai penyakit diabetes yang mendapatkan rawatan di pusat terapi kami.

Semoga Allah swt memelihara kita dari penyakit diabetes ini selagi hayat masih ada dan menyembuhkan sesiapa juga dari kalangan kita yang telah menghidapinya. Insya Allah.

Wednesday, June 15, 2011

Tulang belakang bermasalah.

Tulang belakang (Spinal) adalah tulang yang sangat penting, di mana di sepanjang dalam tulang, dari atas hingga ke pinggul inilah terdapatnya urat-urat saraf (Saraf tunjang) yang menghubungkan anggota tubuh ke otak (Saraf pusat). Sekiranya tulang belakang bermasalah, seseorang akan menghadapi masalah dalam pergerakkan dan anggota tubuh juga menghadapi pelbagai masalah kerana saraf terganggu dan seterusnya mengganggu isyarat dari tubuh badan ke otak dan sebaliknya.

Banyak kaedah sekiranya ingin mengetahui keadaan tulang belakang kita. Antaranya dengan meneliti keadaan belakang seseorang dan kedudukan kaki seperti dalam gambar seorang pesakit di bawah.

Keadaan belakang yang tak sama tinggi.


Kedudukan kaki yang tidak simetri.
Tulang belakang boleh dirawat dengan menggunakan suplemen dan akar kayu terpilih. Antara yang terbaik adalah Ageless. Masalah ini juga boleh dibantu dengan kiropraktik dan senaman tertentu.

Jagalah kesihatan tulang belakang dengan mengangkat barang berat yang HANYA termampu oleh kita dan  dengan kaedah yang betul. Di samping itu, posisi semasa melakukan kerja sangat penting untuk memelihara tulang belakang. Suplemen yang baik sangat penting dalam mencegah sakit tulang belakang.

Dapatkan khidmat nasihat dari kami di Pusat Terapi Health.

Thursday, May 5, 2011

Friday, March 18, 2011

Kisah syirik lagi...

Seorang rakan perawat saya menceritakan kepada saya kisah syirik (menduakan Allah swt) dalam merawat pesakitnya. Begini lebih kurang dialognya:

Pesakit:

"Saka yang mengganggu saya sangat kuat". Keluh seorang pesakit dirumahnya.
Perawat:
"Sekuat mana pun saka yang menganggu tuan, tak akan terlawan dia dengan Allah swt dan Muhammad saw". Nasihat perawat untuk pesakit bergantung kepada Allah swt kerana Allah swt Yang Maha Perkasa dan tiada tolok bandingnya.
Pesakit:
"Tuan, YANG INI LAGI KUAT!". Jawab pesakit yang berbau kesyirikan kerana mendakwa saka yang menggangunya lebih gagah dari Allah swt Yang Maha Gagah.
Perawat:
"Tuan, kita kena jaga akidah kita". Sambung perawat lagi untuk membetulkan akidah pesakit yang kelihatan sudah terpesong.
Pesakit:
"Betul tuan, saya jaga sembahyang saya". Sampuk pesakit tanpa dapat menbedakan antara akidah dan ibadah.
Allah swt yang menjadikan semua makhluk termasuklah iblis, syaitan, jin dan manusia. mana boleh kekuatan makhluk hendak dibandingkan dengan penciptanya iaitu Allah swt. Jelas syirik jika ada yang beriktikad bahawa makhluk lebih perkasa dari Maha Perkasa. Jelas kesyirikkan seumpama itu telah berlaku dalam dialog diatas kerana mempercayai saka yang mengganggu diri pesakit lebih gagah dari Yang Maha Gagah iaitu Allah swt.


Ada dikalangan kita masih tidak dapat membezakan antara akidah dan ibadah. Sekiranya akidah kita benar, meninggalkan ibadah adalah berdosa tetapi sekiranya akidah kita tergelincir, maka tiada gunanya lagi ibadah.

Bagi yang ingin maklumat lanjut, sila hubungi kami atau ustaz yang benar.

Terima kasih.

Wallahu'alam.