Tuesday, July 20, 2010

Setiap penyakit ada ubatnya dan akidah.

Salam,


(Hadis Riwayat Abu Daud)


Baru-baru ini kenalan saya yang bekerja di RapidKL, seorang jurutera komputer telah meninggal dunia kerana masalah jantung. Semoga beliau dirahmati Allah swt di dunia dan akhirat.

Baru-baru ini juga datang pesakit yang mendapatkan rawatan kerana badannya kesakitan. Saya mencadangkan agar beliau berbekam dan dibantu dengan urutan. Beliau menolak dan hanya ingin diurut. Sedangkan berbekam lebih baik dan utama dari urutan kerana dengan berbekam, darah kotor, pekat dan kental yang menyekat pengaliran darah dapat dikeluarkan dari badan. Urutan selepas berbekam pula akan dapat membantu pengaliran darah dengan lebih baik. Dengan berbekam juga, kita mengamalkan sunah Nabi Muhammad saw dan pasti berpahala mengamalkannya. Insya Allah. Amat malang, kita hanya menjadikan sunah sebagai alasan untuk menjustifikasikan tindakan kita untuk berpoligami walau pun selama ini kita tidak pernah bercita-cita untuk mengamalkan sunah baginda yang lain termasuk berbekam!.

Selepas urutan saya mencadangkan beliau untuk mengambil herba atau supplement agar kesihatannya bertambah baik kerana beliau juga menghadapi penyakit kencing manis, masalah jantung dan tekanan darah tinggi. Terkejut saya apabila beliau mengatakan "Saya tidak boleh memakan sebarang ubat lain, kerana doktor tidak benarkan. Hanya boleh menggunakan ubat yang diberinya sahaja. Doktor tidak akan bertanggungjawab terhadap penggunaan ubatan lain. Doktor kata penyakit saya tidak boleh dirawat hanya dikawal sahaja. Pernah terjadi saya terlupa untuk makan ubat selama 2 hari, dan terus saya terkena strok".
Dari kenyataan pesakit ini beberapa persoalan timbul iaitu:

Dikhuatiri rosak keimanan.
Allah swt yang menurunkan penyakit, Allah swt memberikan ubatnya dan Allah swt yang juga menyembuhkannya. Sebarang kenyakinan dan pegangan (iktikad) selain ini akan menjejaskan keimanan kita kepada Allah swt. Mempercayai sepenuhnya doktor dan ubat doktor menyembuhkan penyakit dikhuatiri boleh menjejaskan iman seseorang. Begitu juga jika mempercayai bomoh, bekam, herba dan sebagainya. Doktor, ahli bekam, ubat, herba dan berkaitan dengannya adalah wadah atau perantaraan dan ikhtiar kita semata-mata. Kekuasaan mutlak hanya milik Allah swt, tuhan sakalian alam.

Bersalahan dengan hadis.
Kenyataan doktor yang mengatakan tiada ubat untuk penyakit kencing manis, darah tinggi dan masalah jantung menurut kata pesakit tersebut adalah bertentangan dengan hadis di atas. Kesalahan ini sangat serius kerana ianya adalah hadis yang sohih.

Wallah'ualam.

Wednesday, July 14, 2010

Ageless - Produk Tokotrienol yang ajaib.

Salam,

Kita wajib bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dikurniakan kelapa sawit yang menjadi komoditi utama Malaysia. Seterusnya, Hovid Bhd. iaitu syarikat gergasi Malaysia, pengeluar ubat-ubatan, herba dan makanan tambahan (supplement), di bawah anak syarikatnya iaitu Carotech Bhd. telah berjaya mengeluarkan tokotrienol iaitu komponen vitamin E yang terbaik dari kelapa sawit secara komersil.

Disamping itu, tokotrienol juga merupakan anti-oksidan, anti-kanser, anti-tumor, anti-virus, anti-bakteria, anti-fungus dan sebagainya. Ini telah dibuktikan oleh para saintis Hovid sendiri dan saintis di seluruh dunia seperti Prof. Dr. Chanden Sen (The Ohio State University).

Produk yang mengandungi tokotrienol yang dikeluarkan oleh Hovid Bhd. dikenali sebagai AgelessAgeless telah terbukti mempunyai kesan yang sangat baik untuk kesihatan.

MENCARI USAHAWAN

Hovid Bhd. telah berkecimpung dalam perniagaan ini selama lebih 45 tahun. Bermula dengan menjual teh herba "Ho Yan Hor" yang terkenal terutama di Ipoh, Perak. Hovid Bhd. telah terkenal di hospital-hospital dan farmasi-farmasi tempatan. Malahan telah mengeksport produk ini ke 70 buah negara luar.

Malangnya, produk Hovid Bhd. tidak begitu dikenali oleh rakyat kebanyakkan (Public). En. David Ho, pengasas Hovid Bhd. ingin supaya produk Hovid Bhd. yang diusahakan oleh RAKYAT MALAYSIA dikenali oleh semua orang setanding dengan syarikat-syarikat lain terutamanya syarikat-syarikat dari barat.

Oleh itu, Hovid Marketing Sdn. Bhd. salah sebuah anak syarikat Hovid Bhd.  telah ditubuhkan untuk memasarkan produk keluarannya atas jenama Hovidpure. Hovid Marketing Sdn. Bhd. mempunyai 400 jenis produk sendiri.Syarikat ini ingin menguasai 10 - 20% pasaran herba dan supplement Malaysia dalam masa 2 tahun dari sekarang. Pasaran herba dan supplement Malaysia yang ketika ini bernilai RM10 Billion setahun. Ini merupakan satu sasaran yang SANGAT LUMAYAN dan tidak mustahil untuk dicapai.

Untuk menembusi pasaran Malaysia, pemasaran berbilang tingkat (Multi-level Marketing - MLM) adalah kaedah yang terbaik. Ketika artikel ini ditulis, Hovid Marketing Sdn. Bhd. baru 6 minggu memulakan operasi MLMnya. Sekarang ini masih lagi mencari USAHAWAN dan STOKIS yang berminat untuk menjadi rakan terawal atau perintis untuk memajukan syarikat dan produk ini.

Sesiapa berminat untuk sama-sama berusaha memajukan diri sendiri, produk dan syarikat, sila hubungi saya untuk penerangan lanjut.

"Bersama menjana kekayaan di dunia dan akhirat"

Go Hovid...Go Ageless Milionaire!
007 Mohamad Husaini Husin

Sunday, April 25, 2010

Toksik dalam badan.

Salam,

Baru-baru ini sahabat saya mengunjungi pusat rawatan untuk mendapatkan rawatan kerana badannya dari kepala hingga ke kaki yang mengalami kegatalan melampau dan kekadang berair-air. Keadaan ini bertambah serius ketika cuaca terlalu panas atau ketika terkena hujan.

Ketika ini beliau sedang menganggur kerana tidak boleh bekerja dalam keadaan sebegini dan mendapat sedikit bantuan dari baitul-mal untuk sara hidupnya sekeluarga.


Gambar 1: Keadaan kakinya yang dipercayai kesan toksik.

Beliau sebelum ini bekerja dibahagian pengendalian di sebuah kilang kimia dan beliau mempercayai bahawa keadaan dirinya sebegini akibat bekerja di kilang tersebut. Ini diperkuatkan lagi dengan keadaan seorang kawan sekerjanya yang mengalami keadaan yang hampir sama dengannya. Mereka berdua telah berhenti kerja dari kilang tersebut.

Aku cuba memikirkan kaedah terbaik untuk merawat keadaan sahabat ini dan aku putuskan untuk membuat bekam agresif terlebih dahulu untuk mengetahui keadaan dan lokasi terbanyak toksik di badan sahabat ini.

Gambar 2: Bekam agresif

Gambar 3: Bekam agresif

Setelah beberapa ketika, bekam agresif ini memberi petunjuk jelas keadaan dan lokasi terbanyak toksik di bahagian badan sahabat ini. Seterusnya, aku membuat bekam darah dibeberapa lokasi terpilih.

Gambar 4: Keadaan selepas bekam agresif

Beberapa hari selepas itu, aku menelefon sahabat ini dan keadaannya bertambah baik. Kaedah bekam ini memerlukan cawan bekam yang banyak, masa yang panjang dan kepakaran. Ianya agak mahal tetapi kaedah yang baik untuk tujuan mengenalpasti keadaan dan lokasi terbanyak toksik di dalam badan. Untuk sahabat ini, aku tidak sampai hati untuk mengenakan bayaran yang sepatutnya dan terpulang kepadanya untuk membayar sekadar kemampuannya saja.

Kaedah bekam agresif ini juga sesuai untuk mengenalpasti tempat bekam terbaik di mana toksik banyak terkumpul untuk penyakit-penyakit kronik seperti masalah jantung, hati dan perut.

Semoga Allah SWT sembuhkan sahabat ini, jika itu yang terbaik untuknya. Insya Allah SWT.

Monday, April 12, 2010

Sterilizer untuk alatan bekam.

Salam,

Bahan buangan biologi (Bio waste) seperti cecair, najis dan tisu badan mungkin mengandungi hidupan mikro (Micro organisme) seperti virus, bakteria, kulat (fungus) dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia yang terdedah kepadanya.

Amalan berbekam adalah amalan sunah Rasulullah saw. Namun begitu, kita mesti berhati-hati terhadap jangkitan penyakit merbahaya hasil dari terdedah kepada buangan biologi iaitu darah dari pasien yang lain.

Mangkuk bekam, jarum, pisau, tisu, dulang (tray) dan sebagainya adalah peralatan yang terkena dan setidak-tidaknya terdedah kepada darah pasien. Oleh itu, ia mesti dikendalikan sebaik mungkin untuk menghalang atau meminimakan jangkitan penyakit.

Kami menyediakan khidmat terbaik untuk anda, di mana kami:
1) Menggunakan peralatan pakai buang seperti jarum, pisau, sarung tangan dan tisu.
2) Lintah digunakan hanya sekali dan dilupuskan.
3) Peralatan lain akan direndam di dalam larutan membunuh mikro organisma selama 8 jam minima. Seterusnya dikering dan disteril dalam pensteril (Sterilizer).
4) Katil rawatan akan dicuci dengan larutan antiseptik setiap kali selepas rawatan.
5) Lantai dibersihkan dengan larutan antiseptik secara berkala.
6) Karpet tidak digunakan dalam bilik rawatan kerana karpet sukar dibersihkan dan tempat yang baik untuk pengumpulan habuk dan mikro organisma.
7) Alat untuk mengumpul dan membunuh mikro organisma di dalam udara disediakan di dalam bilik terapi.
8) Pengendali mempunyai kelulusan dan pengetahuan tentang rawatan dan juga keselamatan bio hazard.

Langkah-langkah pencegahan jangkitan dari bio-hazard mesti mendapat keutamaan di pusat terapi seperti bekam.

Kita sentiasa berusaha sebaik mungkin dengan menambah peralatan dan prosedur untuk menghindarkan atau meminimakan risiko dari jangkitan bio hazard. Insya Allah.

Monday, March 29, 2010

Bekam dan patah.

Salam,

Bolehkah bekam merawat tulang yang patah?. Jawapannya TIDAK dan BOLEH?.

Setakat yang saya tahu, Bekam tidak boleh merawat tulang yang patah (bukan retak) supaya kembali bercantum. Kes ini perlu dirawat oleh doktor tulang atau dukun patah.

Tulang patah yang telah dirawat oleh pakar, boleh dibekam untuk membuang darah beku, darah kotor bertoksik dan darah yang tidak mengalir di sekitar tulang yang patah. darah yang dikeluarkan tersebut akan diganti dengan darah yang lebih segar oleh badan pesakit sendiri. Ini akan meringankan kesakitan pesakit dan mempercepatkan penyembuhan.

Rawatan bekam menggunakan lintah adalah rawatan bekam yang terbaik untuk tujuan ini kerana air liur lintah mengandungi pencair darah yang boleh mencairkan darah beku dan kental, seterusnya boleh disedut keluar oleh lintah dan alat bekam.

Penggunaan jarum dan pisau kurang sesuai kerana ianya amat menyakitkan dan kemungkinan tiada langsung darah yang boleh dikeluarkan kecuali dengan torehan pisau yang dalam.

Berbekam dengan menggunakan lintah telah lama digunakan dan ianya amat popular dalam kalangan tentera Napoleon Bonarparte untuk merawat tentera yang cedera dan patah supaya penyembuhannya boleh disegerakan.

Wallahu'alam. Kita berusaha, Allah SWT Maha Penyembuh.

Tuesday, March 16, 2010

Cuka Nipah dan Kurma


Salam,

Aku sangat gembira apabila Allah SWT mengurniakan kesembuhan pada pasien yang datang ke pusat rawatan ku. Yang datang dengan membawa pebagai masalah kesihatan yang kekadang buntu akal fikiran untuk merawatnya tetapi apabila kita menyerahkan bahawa soal kesembuhan itu adalah hak Allah SWT disamping berselawat, maka datang banyak ilham untuk merawat pasien tersebut dengan tiba-tiba.

Aku tersangat gembira apabila dapat menyebar-luaskan rawatan sunah iaitu rawatan yang dibuat dan disyorkan oleh Nabi Muhammad SAW, manusia sangat sempurna yang menjadi kekasih kita semua.

Antara perawatan itu ialah berbekam dan mengamalkan meminum cuka dari herba seperti hadith nabi SAW seperti berikut:

Gambar 1: Cuka Nipah HPA

Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)

HPA telah mengeluarkan cuka nipah yang berharga sangat berpatutan iaitu hanya RM12.00 sebotol 500 ml. Sebelum itu, kami sekeluarga dan kami juga mengesyorkan cuka kurma yang diimport yang berharga RM20.00 sebotol. Khasiatnya sangat baik dan hanya mereka yang mengamalkan cuka ini sebagai ubat dan makanan yang mengetahuinya.

Gambar 2: Cuka kurma import.

KHASIAT DAN KELEBIHAN KHAL
KHAL dapat menyembuhkan penyakit yang digeruni dewasa ini seperti kencing manis, darah tinggi, membuang kolesterol, lemak di jantung dan usus, mencegah obesiti,dan penjagaan kecantikan badan (slimming) secara semula jadi. KHAL dapat mencegah masalah asid berlebihan, masalah gout, buasir, masalah usus, sembelit, membuang toksik, menstabilkan kepanasan badan, migrain serta penjagaan kulit.

Cuka ini diminum sebanyak sekitar 15 ml selepas sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Rasanya masam dan ianya boleh dicampur dengan air untuk mengurangkan kemasamannya. Ianya lebih sempurna jika dicampur dengan madu sekitar 20 - 30 ml.

Cuka ini juga seperti herba-herba lain, ia akan menunjukkan kesan awal penyembuhan (DOC - Direction of cure) seperti keletihan, demam, sakit badan, bau busuk peluh dan pening. Kesan DOC mungkin sama atau berlainan di antara individu bergantung kepada keadaan pasien itu. Sekiranya DOC tidak terjadi, ini menunjukkan bahawa penggunaan herba tersebut tidak mencukupi dosnya atau tidak sesuai dengan pasien. Sekiranya DOC terlalu kuat sehingga tidak mampu ditanggung oleh pasien, sila kurangkan dos dengan mengurangkan kuantiti setiap kali diambil (contoh: selalu minum 15 ml, kurangkan ke 10 ml sahaja) atau kurangkan kekerapan (contoh 3 kali sehari menjadi 2 kali).

Penyakit datangnya dari Allah SWT untuk menghapuskan dosa kita, maka banyaklah memohon keampuan dariNya atau untuk meningkatkan darjat kita, maka banyaklah bersyukur kepadaNya. Kesembuhan tetap dariNya juga, oleh itu marilah bersama berdoa semoga kesembuhan dan kesihatan Allah SWT kurniakan kepada kita seandainya itu yang lebih baik untuk diri kita. Insya Allah.

Aku kutip artikel dibawah mengenai topik yang sama.

KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM

Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909.

http://utusanjamanedan.blogspot.com/2010/04/keperluan-cuka-kurma-oleh-tubuh-badan.html


Wallahu'alam.