Sunday, April 25, 2010

Toksik dalam badan.

Salam,

Baru-baru ini sahabat saya mengunjungi pusat rawatan untuk mendapatkan rawatan kerana badannya dari kepala hingga ke kaki yang mengalami kegatalan melampau dan kekadang berair-air. Keadaan ini bertambah serius ketika cuaca terlalu panas atau ketika terkena hujan.

Ketika ini beliau sedang menganggur kerana tidak boleh bekerja dalam keadaan sebegini dan mendapat sedikit bantuan dari baitul-mal untuk sara hidupnya sekeluarga.


Gambar 1: Keadaan kakinya yang dipercayai kesan toksik.

Beliau sebelum ini bekerja dibahagian pengendalian di sebuah kilang kimia dan beliau mempercayai bahawa keadaan dirinya sebegini akibat bekerja di kilang tersebut. Ini diperkuatkan lagi dengan keadaan seorang kawan sekerjanya yang mengalami keadaan yang hampir sama dengannya. Mereka berdua telah berhenti kerja dari kilang tersebut.

Aku cuba memikirkan kaedah terbaik untuk merawat keadaan sahabat ini dan aku putuskan untuk membuat bekam agresif terlebih dahulu untuk mengetahui keadaan dan lokasi terbanyak toksik di badan sahabat ini.

Gambar 2: Bekam agresif

Gambar 3: Bekam agresif

Setelah beberapa ketika, bekam agresif ini memberi petunjuk jelas keadaan dan lokasi terbanyak toksik di bahagian badan sahabat ini. Seterusnya, aku membuat bekam darah dibeberapa lokasi terpilih.

Gambar 4: Keadaan selepas bekam agresif

Beberapa hari selepas itu, aku menelefon sahabat ini dan keadaannya bertambah baik. Kaedah bekam ini memerlukan cawan bekam yang banyak, masa yang panjang dan kepakaran. Ianya agak mahal tetapi kaedah yang baik untuk tujuan mengenalpasti keadaan dan lokasi terbanyak toksik di dalam badan. Untuk sahabat ini, aku tidak sampai hati untuk mengenakan bayaran yang sepatutnya dan terpulang kepadanya untuk membayar sekadar kemampuannya saja.

Kaedah bekam agresif ini juga sesuai untuk mengenalpasti tempat bekam terbaik di mana toksik banyak terkumpul untuk penyakit-penyakit kronik seperti masalah jantung, hati dan perut.

Semoga Allah SWT sembuhkan sahabat ini, jika itu yang terbaik untuknya. Insya Allah SWT.

Monday, April 12, 2010

Sterilizer untuk alatan bekam.

Salam,

Bahan buangan biologi (Bio waste) seperti cecair, najis dan tisu badan mungkin mengandungi hidupan mikro (Micro organisme) seperti virus, bakteria, kulat (fungus) dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia yang terdedah kepadanya.

Amalan berbekam adalah amalan sunah Rasulullah saw. Namun begitu, kita mesti berhati-hati terhadap jangkitan penyakit merbahaya hasil dari terdedah kepada buangan biologi iaitu darah dari pasien yang lain.

Mangkuk bekam, jarum, pisau, tisu, dulang (tray) dan sebagainya adalah peralatan yang terkena dan setidak-tidaknya terdedah kepada darah pasien. Oleh itu, ia mesti dikendalikan sebaik mungkin untuk menghalang atau meminimakan jangkitan penyakit.

Kami menyediakan khidmat terbaik untuk anda, di mana kami:
1) Menggunakan peralatan pakai buang seperti jarum, pisau, sarung tangan dan tisu.
2) Lintah digunakan hanya sekali dan dilupuskan.
3) Peralatan lain akan direndam di dalam larutan membunuh mikro organisma selama 8 jam minima. Seterusnya dikering dan disteril dalam pensteril (Sterilizer).
4) Katil rawatan akan dicuci dengan larutan antiseptik setiap kali selepas rawatan.
5) Lantai dibersihkan dengan larutan antiseptik secara berkala.
6) Karpet tidak digunakan dalam bilik rawatan kerana karpet sukar dibersihkan dan tempat yang baik untuk pengumpulan habuk dan mikro organisma.
7) Alat untuk mengumpul dan membunuh mikro organisma di dalam udara disediakan di dalam bilik terapi.
8) Pengendali mempunyai kelulusan dan pengetahuan tentang rawatan dan juga keselamatan bio hazard.

Langkah-langkah pencegahan jangkitan dari bio-hazard mesti mendapat keutamaan di pusat terapi seperti bekam.

Kita sentiasa berusaha sebaik mungkin dengan menambah peralatan dan prosedur untuk menghindarkan atau meminimakan risiko dari jangkitan bio hazard. Insya Allah.