Monday, December 28, 2009

Borang ahli Darul Ansar

1) Sila klik borang untuk besarkan. Terdapat dua muka surat semuanya.
2) Cetak (Print) kedua-dua mukasurat dan isi butir-butir.
3) Bawa borang dan bayaran sebanyak RM20.00 sahaja ke Pusat Terapi HEALTH atau
4) Berjumpa dengan mana-mana AJK Darul Ansar Cawangan Negeri Sembilan atau
5) Bank in RM20.00 ke akaun CIMB: 1216-0012795056 atau Maybank: 162357001095 atas nama Mohamad Husaini bin Husin
6) Fakskan borang dan bukti pembayaran ke 06-675 3604 atau email ke mhhrs@yahoo.co.uk 
7) Sila datang semasa kelas pada 10/1/2010 jam 9 mlm untuk memulakan kelas dengan borang asal dan bukti pembayaran.
Terima kasih.

Sunday, December 27, 2009

Terapi bekam dan bekam lintah.

Dengan penyakit yang semakin banyak, rawatan tidak terhad kepada perubatan moden. Peningkatan permintaan terhadap perubatan alternatif membuktikan masyarakat mencuba pilihan lain untuk sihat. Walaupun doktor-doktor skeptikal mengenainya, kajian terhadap rawatan itu menunjukkan keberkesanannya terhadap sesetengah kes. Dua dari kaedah rawatan alternatif tersebut adalah terapi bekam dan bekam lintah.

BEKAM


Gambar: Bekam kering/ angin untuk mengesan masalah jantung.

Orang Melayu mengenalinya sebagai bekam. Teknik rawatan tradisional ini menggunakan bahan-bahan seperti buluh, gelas, tembaga dan malahan tanduk kerbau. Ia dikatakan berasal dari rawatan kuno Cina. Ia juga diamalkan oleh orang-orang Jepun dan Arab yang memanggilnya sebagai al-Hijamah.

Dua kaedah bekam iaitu kering dan basah.

Bekam kering, cawan gelas dipanaskan untuk mengujudkan keadaan vakuum. Cawan tadi kemudiannya diletakkan di tempat-tempat tertentu anggota badan untuk menyedut kulit anggota tersebut. Ini membantu membuka liang roma, merangsang pengaliran darah, mengimbang dan melaraskan tenaga yang dikenali sebagai "qi", memecahkan sumbatan pada salur darah dan menjadi tempat di mana toxin dikeluarkan dari badan.


Gambar: Bekam basah/ darah boleh menggunakan jarum atau pisau.

Bekam basah menggunakan tusukan jarum. Apabila cawan diletakkan di tempat tusukan, sedikit darah mungkin keluar dari tempat tusukan untuk membantu mengeluarkan toxin dari tubuh.

Bekam dikatakan boleh mengeluarkan toxin-toxin, mengaktifkan sistem limphatik dan membersihkan sumbatan pada usus besar dan pembuluh darah. Dipercayai bahawa bekam adalah rawatan yang berkesan untuk pelbagai masalah dan kesakitan otot dan tulang, disamping meningkatkan kesihatan secara amnya.

Terapi bekam lintah.


Rawatan menggunakan lintah untuk perubatan semakin popular di antara kesemua rawatan alternatif. Bekam lintah digunakan untuk mengeluarkan darah semenjak 2500 tahun dulu semasa tamadun Mesir kuno lagi.

Bila rawatan moden dikenali, ia telah dikesampingkan dan dilupakan, sehinggalah ia kembali digunakan pada tahun 80an. Terapi lintah kembali digunakan apabila ia digunakan selepas pembedahan mikro untuk menghalang luka dari membengkak dan mengelakkan pengumpallan darah dari berlaku. Lintah akan menyedut lebihan darah, seterusnya mengurangkan tisu membengkak dan meningkatkan kadar penyembuhan selepas pembedahan.

Kajian mendapati bahawa air liur lintah mengandungi 100 bahan biologi aktif termasuk hirudin iaitu bahan yang menghalang pembekuan darah.


Gambar: Terapi bekam lintah.

Terapi bekam lintah dikatakan boleh mengurangkan stres, mengembalikan pola tidur yang normal, merawat penyakit-penyakit jantung, darah tinggi, arthritis dan sebagainya. Ia juga dikatakan boleh menyembuhkan kerosakan pembuluh darah pada tisu-tisu dan organ-organ badan, meningkatkan immuniti (daya tahan tubuh), mempercepatkan pengeluaran toxin dan menghalang strok (angin akhmar)


Ia boleh mengantikan botox dan pembedahan plastik - Artis Hollywood seperti Demi Moore menggunakan kaedah ini untuk mengeluarkan toksik dan membersihkan darahnya. Mungkin kenapa beliau kelihatan lebih muda dari sepatutnya!.


Gambar: Demi Moore mengamalkan terapi bekam lintah.

Diterjemahkan secara bebas dari:
http://info-kesihatan-anda.blogspot.com/2009/03/cupping-and-hirudotherapy.html

Saturday, December 5, 2009

Hari ke 17, 19 dan 21 setiap bulan Hijrah adalah hari terbaik untuk berbekam.

Hari ini ialah hari Ahad, 6hb Oktober 2009 bersamaan dengan 19 Zulhijjah 1430 Hijrah. Hari ini adalah di antara hari yang terbaik untuk berbekam dan disarankan oleh Nabi Muhammad saw di dalam hadisnya:
Dari 'Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya sebaik-baik bekam yang dilakukan adalah hari ke 17, 19 dan pada hari ke 21" (Shahih Sunan at-Tirmizi)
Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa berbekam pada hari ke 17 dan 19 serta 21, maka dia akan mendapat kesembuhan dari segala macam penyakit" :
(Riwayat Abu Dawud dalam Shahih Sunan Abi Dawud).

Saya senaraikan hari ke 17 Hijrah pada setiap bulan masehi tahun 2010 untuk rujukan bersama:
1) Ahad 3hb Januari 2010 = 17 Muharram 1431
2) Selasa 2hb Februari 2010 = 17 Safar 1431
3) Rabu 3hb Mac 2010 = 17 Rabiulawal 1431
4) Jumaat 2hb April 2010 = 17 Rabiulakhir 1431
5) Ahad 2hb May 2010 = 17 Jamidiawal 1431
6) Isnin 31hb May 2010 = 17 Jamidiakhir 1431 (Bulan May juga)
7) Rabu 30hb Jun 2010 = 17 Rejab 1431
8) Khamis 29 Julai 2010 = 17 Sakban 1431
9) Jumaat 27 Ogos 2010 = 17 Ramadhan 1431
10) Ahad 26 September 2010 = 17 Syawal 1431
11) Isnin 25 Oktober 1410 = 17 Zulkaedah 1431
12) Rabu 24 November 1410 = 17 Zulhijjah 1431
13) Khamis 23 Disember 1410 = 17 Muharram 1432

Gambar: Berbekam di sekitar lutut boleh menyembuhkan kesakitan lutut, Insya Allah.

Semoga dengan senarai ini kita boleh merancang untuk berbekam di hari yang terbaik untuk tujuan mengekalkan kesihatan yang baik. Namun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa sekiranya kita menghadapi masalah kesihatan dan perlukan rawatan.

Tuesday, December 1, 2009

Kemudahan terkini di pusat terapi.



SELAMAT DATANG KE PUSAT TERAPI HEALTH.

Kami menyediakan kemudahan dan peralatan yang terkini untuk keselesaan para pengunjung dan pasien kami. Kami juga sangat prihatin tentang kebersihan dan "hygiene" pusat terapi kami.



Kami memastikan bahawa pusat terapi dan segala peralatan sentiasa bersih. "Hygiene" dan kelesaan pusat terapi juga dipastikan sentiasa berada di dalam tahap tertinggi untuk anda sebagai pengunjung dan pasien kami.



Kami menyediakan dua bilik khas. Satu bilik dikhaskan untuk terapi bekam dan satu lagi untuk urutan badan. Bilik Terapi Bekam disediakan dengan katil dan trolley peralatan khusus untuk tujuan itu.



Semua peralatan adalah pakai buang kecuali beberapa peralatan yang mahal. Semua peralatan ini kami pastikan direndam dengan antiseptik selama 8 jam dan atau disembur dengan spirit dan atau dimasukkan ke dalam "sterilizer". Proses ini bergantung kepada kegunaan peralatan tersebut dan tahap pendedahan kepada bio hazard.



Kami memastikan setakat yang praktik iaitu keselamatan, kebersihan dan hygiene pusat terapi, semua kemudahan dan peralatannya dipelihara.

Kami juga menempah khas kerusi rehat untuk keselesaan pasien ketika refleksologi dan bekam lintah di kaki atau muka. Pasien kami dapat berehat dengan selesa disamping mendapatkan rawatan dan terapi dari kami.



Lampu garam gunung dipasang di pusat terapi untuk membunuh mikro organisme yang berada di dalam udara. Kami sedang berusaha untuk menambah aromatheraphy yang sesuai untuk ruang terapi dan ruang menunggu.

Kami juga telah, sedang dan akan terus menyediakan kemudahan dan peralatan yang terkini bermatlamat untuk memastikan keselamatan, kebersihan, hygiene dan keselesaan semua pengunjung dan pasien.

Sebelum Allah swt menurunkan penyakit, Dia menurunkan penawarnya terlebih dahulu. Kami berusaha untuk menyembuhkan pasien kami dengan suasana yang selesa, namun penyembuhan adalah milik Allah swt. Semoga dengan usaha yang bersungguh dengan diiringi dengan doa yang telus ikhlas, dikurniakanNya kesihatan kepada kita semua.

Semoga anda berpuashati dengan terapi, rawatan, layanan dan keselesaan yang kami sediakan.