Wednesday, December 28, 2011

Merawat resdung



Minyak zaitun bagus dimakan mentah,
Menjadi rosak jika dipanaskan;
Accupunture dan bekam lintah,
Kita berusaha Allah swt sembuhkan.

Abatusawda penawar penyakit kecuali mati,
Disabda Nabi saw beribu tahun dulu;
Rawatan resdung di pusat terapi,
Cikgu ini sudah 2 tahun tak dapat menghidu.

Thursday, December 1, 2011

Persoalan Iblis dan syaitan di bulan Ramadhan.



HARI INI ADIK IPAR BERTANYA "BULAN PUASA SYAITAN DIIKAT, MENGAPA ADA GANGGUAN DAN KERASUKAN".

DALAM MASALAH INI ADA 4 PENDAPAT IAITU :

1) Pendapat pertama:
Iblis dan jin syaitan yang tidak bertuan diikat. Tidak boleh mengganggu semua orang. Jin syaitan yang bertuan dan yang mencari tuan baru dikalangan manusia masih bebas untuk menjalankan perintah tuannya. Itu sebabnya dibulan puasa masih ada gangguan seperti saka dan sihir. Boleh sahaja tukang sihir menjalankan sihirnya di bulan mulia itu.

2) Pendapat kedua:
Iblis dan jin syaitan yang bertaraf tinggi saja diikat. Tidak boleh mengganggu semua orang. Jin syaitan yang rendah tarafnya masih bebas untuk mengganggu sesiapa sahaja termasuk menurut perintah tukang sihir. Itu sebabnya gangguan di bulan mulia itu berkurangan berbanding di bulan-bulan lain.

3) Pendapat ketiga:
Iblis dan jin syaitan semua diikat tanpa kecuali. Yang mengganggu dan merasuk di bulan mulia itu adalah jin kafir dan jin Islam sendiri.

4) Pendapat keempat:
Iblis dan syaitan tidak diikat seperti dibayangkan oleh ramai orang. Mereka masih bebas tetapi tidak boleh menghampiri orang yang berpuasa dengan ikhlas, apatah lagi untuk mengganggu. Itu sebabnya masih terlalu banyak maksiat dan kemungkaran di bulan mulia itu dilakukan oleh orang yang tidak berpuasa atau berpuasa tetapi tidak ikhlas.

Perlu diingat bahawa syaitan dikalangan manusia iaitu orang yang sentiasa mensyirikkan Allah & mengajak manusia lain mensyirikkan Allah, selalu berbuat dosa dan kemungkaran, memusuhi Allah swt dan Nabi Muhammad saw tidak diikat seperti kebanyakkan orang yahudi, dukun, pawang & bomoh.

Hawa nafsu dalam diri manusia juga tidak diikat. Oleh itu, boleh saja maksiat dan kemungkaran berlaku di bulan mulia itu walau pun tanpa campurtangan iblis dan jin syaitan. Ini adalah kerana hawa dan nafsu tidak dilawan & ditundukkan dengan puasa dan mujahadah yang ikhlas.

Wallahu'alam

Monday, November 28, 2011

DEWAN SEREMBAN JAYA, SENAWANG UNTUK DISEWA


Untuk bojayo polu wibawo,
Polu juo perancangan ghapi;
Dewan kuliah untuk disewo,
Sebolah dongan pusat terapi.

Wibawo kurniaan dari Ilahi,
Kono usoho dan doa selalu;
Ado 13 mejo 70 kerusi,
Boleh ditambah jiko dipolu.

Bojayo itu Allah izinkan,
Pasti gagal jiko tiado izinNyo
PA sistem bosa disediokan,
Cumo tak boleh berkareoke yo.

Nak bojayo ado petuo,
Polu berkorban jangan berkigho;
Aircond 3 hp ado duo,
Kipeh banyak tak terkigho.

Nak bojayo tak boleh bersahajo,
Kono banyak ilmu di dado;
Skrin putih terbontang ajo,
Cuma LCP projektor bolum ado.

Makan sayuran sepoti bayam,
Barulah petah bersyarah segala kalam;
Bawah ado restoran tomyam,
Sonang kalau nak makan malam.

Rasa kecewa jangan terbawo-bawo,
Hidup binasa atau pincang;
Kalau berhajat nak menyewo,
Hubungi den untuk berbincang.

Mohamad Husaini Husin
013-359 8318

Makanan dan berbekam sunnah

Menangis sayu si Abang Mamat,
Bila isteri lari ke Negara Balkan;
Kita ni umatnya nabi Muhammad,
Kenapa nasihat baginda kita lupakan?.

Abang Mamat sering saja sakit,
Ubat hospital sudah tak tertelan;
Abbadus sawda penawar segala penyakit,
Kenapa tidak kita jadikan amalan.

Isteri Abang Mamat tidak tertahan,
Dah lama nikah macam masih seorang;
Minyak zaitun juga ada dalam al-Qur'an,
Kolesterol pasti dapat dikurang.

Isteri Abg Mamat sudah tak ramah,
Bila Abg Mamat udah tak sentuh lagi;
Khal mesti ada setiap masa di rumah,
Itulah penawar dan makanan para nabi.

Abg Mamat berubat rasalah malu,
Isterinya muda tapi selera tawar;
Jangan dilupa peranannya madu,
Itu raja bagi segala herba dan penawar.

Puas isterinya nasihat dan berleter,
Dia buat tak reti tak juga marah;
Minumlah air sekurangnya 2 liter,
Baru terbaik peredaran darah.

Abang Mamat masih terbungkam,
Isterinya pergi tak kirim poskad;
Jangan lupa sering berbekam,
Sunnah nabi saranan malaikat!

Abang Mamat si suami,
Kena banyak berusaha dan berdoa;
Dapatkan semua di kedai kami,
Kami berusaha untuk kesihatan semua.

Monday, November 14, 2011

Berbekamlah kerana itu sunnah Nabi


Bersarang rendah si burung tempua,
Bersarang di kebun Pak Attan;
Salam sejahtera kepada semua,
Semoga Allah swt kurniakan kesihatan.

Burung Tempua terbang tersasar,
Terlanggar pokok patah sayapnya;
Janganlah takut janganlah gusar,
Berbekam itu kurang sakitnya.
Burung Tempua beranak lima,
Jatuh seekor di atas serambi;
Berbekamlah kita bersama-sama,
Berbekam itu sunnahnya Nabi.
Burung Tempua bersarang di pokok beringin,
Tangkap seekor dijual ke Pekan;
Wap air itu tandanya badan banyak angin,
Dengan berbekam angin badan dikeluarkan.
Burung tempua ditangkap Pak Itam,
Seekor terbang lari ke sempadan;
Kurang oksigen darah merah hitam,
Tidak baik untuk kesihatan badan.
Tempua bersarang atas bukit,
Bukit Berapit bercabang tiga;
Kaki lenguh dan sakit-sakit,
Jika dibekam Insya Allah lega.

Burung tempua berjaya dipikat,
Memikat burung di tepi tasik;
Darah berlendir lagilah pekat,
Itu tandanya darah banyak toksik.

Burung terkukur burung tempua,
Burung banyak di Negara Burma;
Berbekamlah kita semua,
Jaga kesihatan paling utama.

Thursday, June 16, 2011

Merawat kencing manis.


Kencing manis atau diabetes adalah kumpulan penyakit metabolik di mana seseorang mempunyai kandungan gula yang tinggi dalam darah. Ini disebabkan oleh pankreas tidak mengeluarkan insulin yang mencukupi atau berkualiti atau sel-sel tidak bertindakbalas dengan insulin yang dihasilkan. Diabetes menyebabkan simptom klasikal seperti sering kencing, kehausan dan meningkatkan kelaparan.

Terdapat 3 jenis diabetes yang utama:

Diabetes jenis 1: hasil dari tubuh gagal menghasilkan insulin dan rawatan moden memerlukan pesakit mengambil ubat merangsang pengeluaran insulin atau menyuntik sendiri insulin ke dalam tubuh sendiri.

Diabetes jenis 2: keadaan di mana sel-sel gagal menggunakan insulin dengan sewajarnya dan kekadang terjadi bersam dengan kekurangan insulin itu sendiri.

Diabetes Gestasi (Gestational): adalah apabila wanita mengandung yang tidak pernah mengalami diabetes sebelum ini mengalami diabetes semasa mengandung. Ia boleh berkembang menjadi diabetes jenis 2.


Rawatan di Pusat Terapi Health mengunakan beberapa kaedah yang perlu disinergikan (digabungkan) untuk merawat diabetes dengan lebih berkesan. Antara sinergi yang boleh dilakukan ialah dengan bekam, terapi air, herba periuk, refleksologi dan pelbagai herba lain. Herba yang paling mujarab untuk rawatan diabetes adalah Ageless sendiri.

Seorang pesakit diabetes dirawat dengan kaedah bekam.

Merawat pesakit diabetes perlukan ahli bekam yang mahir kerana ada pesakit diabetes yang lukanya sukar sembuh dan mungkin melarat. 

Allah swt yang menurunkan penyakit serta Dialah yang menyembuhkannya. Semuanya atas kekuasaanNya dan kehendakNya juga. Setiap penyakit pasti ada penyembuhnya kecuali tua dan maut. Alhamdulillah. Dengan kepemurahanNya dan keizinanNya, kami telah berjaya merawat ramai penyakit diabetes yang mendapatkan rawatan di pusat terapi kami.

Semoga Allah swt memelihara kita dari penyakit diabetes ini selagi hayat masih ada dan menyembuhkan sesiapa juga dari kalangan kita yang telah menghidapinya. Insya Allah.

Wednesday, June 15, 2011

Tulang belakang bermasalah.

Tulang belakang (Spinal) adalah tulang yang sangat penting, di mana di sepanjang dalam tulang, dari atas hingga ke pinggul inilah terdapatnya urat-urat saraf (Saraf tunjang) yang menghubungkan anggota tubuh ke otak (Saraf pusat). Sekiranya tulang belakang bermasalah, seseorang akan menghadapi masalah dalam pergerakkan dan anggota tubuh juga menghadapi pelbagai masalah kerana saraf terganggu dan seterusnya mengganggu isyarat dari tubuh badan ke otak dan sebaliknya.

Banyak kaedah sekiranya ingin mengetahui keadaan tulang belakang kita. Antaranya dengan meneliti keadaan belakang seseorang dan kedudukan kaki seperti dalam gambar seorang pesakit di bawah.

Keadaan belakang yang tak sama tinggi.


Kedudukan kaki yang tidak simetri.
Tulang belakang boleh dirawat dengan menggunakan suplemen dan akar kayu terpilih. Antara yang terbaik adalah Ageless. Masalah ini juga boleh dibantu dengan kiropraktik dan senaman tertentu.

Jagalah kesihatan tulang belakang dengan mengangkat barang berat yang HANYA termampu oleh kita dan  dengan kaedah yang betul. Di samping itu, posisi semasa melakukan kerja sangat penting untuk memelihara tulang belakang. Suplemen yang baik sangat penting dalam mencegah sakit tulang belakang.

Dapatkan khidmat nasihat dari kami di Pusat Terapi Health.

Thursday, May 5, 2011

Friday, March 18, 2011

Kisah syirik lagi...

Seorang rakan perawat saya menceritakan kepada saya kisah syirik (menduakan Allah swt) dalam merawat pesakitnya. Begini lebih kurang dialognya:

Pesakit:

"Saka yang mengganggu saya sangat kuat". Keluh seorang pesakit dirumahnya.
Perawat:
"Sekuat mana pun saka yang menganggu tuan, tak akan terlawan dia dengan Allah swt dan Muhammad saw". Nasihat perawat untuk pesakit bergantung kepada Allah swt kerana Allah swt Yang Maha Perkasa dan tiada tolok bandingnya.
Pesakit:
"Tuan, YANG INI LAGI KUAT!". Jawab pesakit yang berbau kesyirikan kerana mendakwa saka yang menggangunya lebih gagah dari Allah swt Yang Maha Gagah.
Perawat:
"Tuan, kita kena jaga akidah kita". Sambung perawat lagi untuk membetulkan akidah pesakit yang kelihatan sudah terpesong.
Pesakit:
"Betul tuan, saya jaga sembahyang saya". Sampuk pesakit tanpa dapat menbedakan antara akidah dan ibadah.
Allah swt yang menjadikan semua makhluk termasuklah iblis, syaitan, jin dan manusia. mana boleh kekuatan makhluk hendak dibandingkan dengan penciptanya iaitu Allah swt. Jelas syirik jika ada yang beriktikad bahawa makhluk lebih perkasa dari Maha Perkasa. Jelas kesyirikkan seumpama itu telah berlaku dalam dialog diatas kerana mempercayai saka yang mengganggu diri pesakit lebih gagah dari Yang Maha Gagah iaitu Allah swt.


Ada dikalangan kita masih tidak dapat membezakan antara akidah dan ibadah. Sekiranya akidah kita benar, meninggalkan ibadah adalah berdosa tetapi sekiranya akidah kita tergelincir, maka tiada gunanya lagi ibadah.

Bagi yang ingin maklumat lanjut, sila hubungi kami atau ustaz yang benar.

Terima kasih.

Wallahu'alam.

Wednesday, March 9, 2011

Rawatan lintah untuk kecantikkan.


Lintah boleh digunakan untuk merawat serta melicinkan wajah seseorang yang bermasalah dengan kos yang rendah berbanding dengan rawatan moden dan kotemporari yang lain.

Rawatan ini sangat "natural" tanpa penggunaan bahan kimia dalam kosmetik yang dalam jangka masa yang panjang boleh merosakkan kulit wajah seseorang.

Cuma rawatan lintah ini perlu dijalankan oleh perawat yang berkemahiran kerana tidak semua pesakit boleh menjalankan rawatan ini dan ianya mempunyai kesan sampingan seperti kegatalan.


Saturday, January 1, 2011

Peta Pusat Rawatan