Tuesday, January 26, 2010

USAHA UNTUK BERUBAT

Semalam saya ke Pondok Jelebu, antara ilmu yang Tuan Guru sampaikan ialah "Nak masuk syurga tanpa amalan adalah mustahil, masuk syurga dengan amalan adalah bidaah".

Selepas kuliah dalam masa berbincang, keluarkan lagi soalan tentang unggapan yang sama.Tuan guru menerangkan bahawa pada lumrahnya nak masuk syurga mesti dengan beramal dan tanpa amalan keinginan itu hanya sesuatu yang mustahil. Tetapi jika kita beramal dan ingin masuk syurga atas amalan itu, sesuatu yang tidak boleh juga. Lantas ada yang menyampuk "Masuk syurga bukan kerana amalan tetapi kerana rahmat dari Ilahi".


GAMBAR: BERBEKAM BOLEH MENYEMBUHKAN PELBAGAI PENYAKIT TERMASUK KENCING MANIS DAN DARAH TINGGI, INSYA ALLAH.

Saya teringat pula satu unggapan yang saya sering gunakan dalam latihan motivasi dan menyampuk "Tuan Guru, samalah dengan kalau hendak berjaya mesti berusaha tetapi dengan usaha tidak semestinya kita berjaya". Guru menjawab "Ya, usaha tidak mendatangkan bekas".

GAMBAR: REFLEKSOLOGI SANGAT ISTIMEWA TERUTAMA MEMPERBAIKI ORGAN DALAM TERMASUK MASALAH BUAH PINGGANG SEPERTI MASALAH BATU KARANG, INSYA ALLAH.

Seorang lain sahabat menyampuk, "Nak anak mesti bersama isteri, mustahil boleh mempunyai anak jika tidak bersama isteri, tapi jika bersama isteri setiap malam pun belum tentu menghasilkan anak".


GAMBAR: KIROPRAKTIK BOLEH MEMBANTU MASALAH TULANG BELAKANG, INSYA ALLAH.

Ilmu tasauf ini kekadang sesekali pandang sukar nak faham, oleh itu penjelasan sangat perlu. Kefahaman itu bermacam-macam dan semuanya adalah dengan kehendak dan rahmat Allah swt juga.

GAMBAR: AKUPUNKTUR JUGA BOLEH MEMBANTU DALAM RAWATAN PELBAGAI PENYAKIT.

Begitu juga dalam bidang perubatan ini, "kalau sakit, mestilah berubat untuk sihat tetapi dengan berubat tidak semestinya sihat". Yang memberi sakit kepada kita adalah Allah swt dan yang menyembuhkannya tetap Allah swt juga. Rawatan termasuk dengan berbekam adalah semata-mata amal dan usaha yang tidak mendatangkan bekas kecuali dengan kehendak dan izin dariNya semata-mata. Maka berubatlah, beristifarlah, berdoalah dan bertawakallah. Moga-moga Allah swt menyembuhkan kita dari sebarang penyakit sekiranya itu yang terbaik untuk kita dan atas kehendak dan keizinanNya jua.

Wallahu'alam.

Sunday, January 17, 2010

Berbekam boleh merawat sakit kepala dan migrain.

Salam,

Dalam Majalah Solusi keluaran 14 (2009), Dr Farhan Hadi Mohd Taib menulis mengenai perubatan nabi iaitu bertajuk Berbekam Boleh Merawat Migrain.

Saya sangat gembira kerana ketika ini semakin ramai professional mulai terdedah dan menyokong serta mendokong perubatan yang diamalkan oleh Nabi Muhammad saw termasuk doktor-doktor perubatan moden/ barat. Dr. Farhan seorang Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Bagan Terap, Sabak Bernam dan merupakan Ahli Pemeriksa Kesihatan Jemaah haji 2009. Perubatan yang diamalkan Nabi Muhammad saw antaranya ialah BERBEKAM.


Gambar: Bekam di atas kepala boleh merawat dan mencegah sakit kepala, migrain, strok dan pelbagai masalah berkaitan kepala. Insya Allah.

Dr. Farhan menulis simptom-simptom migrain ialah seperti:
1) Rasa ngeri seperti ditusuk dengan jarum pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung dan sekitar mata.
2) Kesakitan teramat sangat, berdenyut-denyut dan menyerang sebelah kepala dan mungkin disertai dengan sakit kepala yang lain.
3) Pandangan menjadi silau dan kabur dan adakalanya menjadi gelap.
4) Tekak merasa loya, muntah serta kaki dan tangan menjadi sejuk.
5) Pesakit akan menjadi sensitif terhadap sebarang bunyi dan cahaya.
6) Sebahagian pesakit akan mengalami pengumpulan cecair badan sehingga wajah seakan-akan membengkak, kelopak mata menjadi sembab dan tangan serta kaki menjadi besar daripada biasa sehingga cincin dan kasut menjadi sempit.
7) Serangan biasanya akan berakhir dalam tempoh 4-72 jam.


Gambar: darah yang terlalu mudah beku, kegelapan dan tidak mudah telap tisu/ kain adalah darah bertoksik.

Seorang khadam Rasullullah saw mengatakan: "Tidak seorang yang mengadu sakit kepalanya kepada Rasulullah saw melainkan baginda mengatakan. "Berbekamlah" (Sahih Sunan Abi Daud). Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a., "Bahawa Rasulullah saw pernah berbekam ketika Baginda berada dalam keadaan berihram daripada sakit yag dirasakan di kepala Baginda". (Sahih Ibn Khuzaimah dengan tahkik al-Azhami).

Saya adalah salah seorang pengidap migrain dan pernah ke Hospital Tawakkal di Jalan Pahang, Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan migrain lebih 5 tahun dahulu. Setiap bulan saya akan menghabiskan sepapan Panadol untuk menghilangkan migrain yang kerap menyerang. Semenjak saya mengamalkan rawatan bekam, saya tidak mengalami sakit kepala yang teruk dan tidak pernah lagi mengambil sebarang ubat tahan sakit. Sekiranya migrain hendak menyerang, bekam adalah jalan penyelesaian terbaik bagi saya. Insya Allah.


Gambar: Bekam di bawah kepala dan tengkuk juga boleh merawat dan mencegah 72 jenis penyakit antaranya sakit kepala, migrain, strok dan pelbagai masalah kepala.

Lebih dari 2 tahun ini sudah ramai pesakit-pesakit yang mendakwa mereka mengidap migrain dan datang untuk mendapatkan rawatan. Syukur ke hadrat Ilahi kerana bekam adalah jalan penyelesaian yang terbaik juga bagi mereka. Sebagai seorang mukmin sejati, Rasulullah saw adalah suri teladan terbaik bagi kita. Semestinya jika sayangkan Rasulullah saw, maka sayangkan juga sunah perubatan Baginda saw seperti peribahasa "Seperti menjaga intan permata ketika dicanai" bermaksud kasih sayang yang tiada bandingannya.

"Berbekamlah kerana berpahala sebab amalan Nabi Muhammad saw, terapi terbaik untuk merawat semua penyakit serta disarankan oleh para malaikat semasa mikraj". Wallahu'alam.

Saturday, January 16, 2010

Bekam dan masalah tulang belakang

Salam,

Masalah kesakitan di tulang belakang sering terjadi atas pelbagai sebab antaranya adalah kemalangan, mengangkat barang yang berat dengan cara manual dan dengan kaedah yang tidak betul, faktor genetik dan sebagainya.

Tulang belakang bermasalah seperti bengkok menyebabkan kesakitan. Selalunya pengidap penyakit ini akan merasa serba salah. Baring terasa sakit, duduk terasa ngilu, berdiri rasa nak rebah. Rasa serba salah ini ibarat seperti "mandi dalam cupak" atau seperti "kuda tua, diperkerjakan tidak boleh, nak bunuh terasa sayang.



Malahan, saraf tunjang yang berada di bahagian tulang belakang boleh tersepit dan menyebabkan pelbagai kesakitan yang lain. Bergantung kepada lokasi di mana saraf tersepit, sekiranya saraf tangan dan kaki tersepit boleh menyebabkan tangan dan kaki merasa kebas, jika saraf kemaluan yang tersepit, implikasinya boleh menyebabkan mati pucuk dan pelbagai lagi masalah sehingga ia boleh menyebabkan lumpuh seluruh badan.



Tulang belakang yang bermasalah atau bengkok perlu dirawat dengan amalan kiropraktik atau senaman yang sesuai. Bekam di tepi tulang yang bermasalah dan herba tertentu boleh membantu merawat tulang tersebut. Ia perlu dibuat selalu kerana tulang tersebut tidak mudah sembuh atau kembali ke tempat asalnya. Sekiranya ia tidak di rawat, kesakitan atau akibat darinya sukar dirawat dan berbekam juga kurang membantu.

Insya Allah. Setiap penyakit ada ubatnya.

Monday, January 11, 2010

Khidmat masyarakat & bekam untuk kuatkan ingatan


Salam.

Pada Sabtu 9hb Jan 2010, HEALTH telah menyertai khidmat masyarakat anjuran Pemuda Teluk Kemang. Khidmat ini adalah pemeriksaan kesihatan percuma dan khidmat bekam di Lukut, Port Dickson. Kami menawarkan harga termurah untuk mempromosikan bekam sebagai rawatan alternatif yang sangat berkesan selaras dengan anjuran Nabi Muhammad saw.


Ramai dan meriah orang berbekam. Rekod terbaru bagi HEALTH dalam khidmat masyarakat setakat ini di mana hampir 30 orang berbekam termasuk sejumlah besar adalah pelajar-pelajar tahfiz.


Pelajar-pelajar tahfiz berbekam di belakang kepala untuk menguatkan ingatan supaya mudah menghafal. Ia juga sesuai untuk menghindarkan rasa mengantuk keterlaluan. Insya Allah swt. Berbekamlah dengan orang yang pakar dalam berbekam kerana kawasan ini dipercayai boleh menghapuskan ingatan seseorang.


Siapa yang ingin anjurkan khidmat berbekam dengan harga yang murah dari pasaran, kami sedia berbincang. Hubungi kami. Insya Allah.