Saturday, October 31, 2009

Yang mana satu bekam sunah?

Hijamah (Bekam) diambil dari kata kerja hajama yang bererti menyedut. Dengan yang demikian, yang dimaksudkan dengan hijamah adalah menyedut sejumlah darah dari tempat tertentu (dengan tujuan mengubati organ tubuh atau penyakit tertentu). (Dr Aiman Al-Husaini, 2007).

Sering diperdebatkan tentang yang mana satu bekam sunah. Antara bekam dengan kaedah pisau, jarum atau lintah.

Gambar: Pisau belati

Nabi Muhammad saw dan para sahabat menggunakan pisau belati untuk membuat sayatan pada kulit sebelum disedut darah yang keluar dengan pelbagai alat seperti tanduk dan sebagainya.

Bekam yang hampir mirip kepada amalan Nabi Muhammad saw adalah bekam yang menggunakan sayatan daripada pisau. Para ahli terapi hari ini menggunakan pisau cukur, pisau lipat, pisau pembedahan dan sebagainya untuk membuat sayatan pada kulit pasien. Jarang dipertemukan dengan ahli terapi yang menggunakan pisau belati sepertimana yang diamalkan oleh Nabi Muhammad saw. Pisau cukur digemari oleh ahli terapi kerana ianya mudah dikendalikan dan tajam. Ianya dipakai sekali sahaja dan dibuang. Pasien yang mementingkan "higean" memang mementingkan kaedah pakai buang ini berbanding pisau yang digunakan semula. Jika dilihat dari alat yang yang digunakan untuk membuat sayatan dan untuk menyedut darah, ianya jelas tidak sama dengan pisau belati dan alat untuk menyedut darah yang digunakan oleh Rasulullah saw. Dakwaan mengatakan kaedah ini 100% adalah sunah sangat boleh dinafikan.

Kaedah jarum pula didakwa tidak sunah. Kaedah jarum merupakan kaedah bekam yang lebih moden dan sekiranya dilihat sekali lagi erti hijamah, jelas kaedah jarum juga boleh diterima sebagai kaedah hijamah (Bekam) dan bertujuan sama dengan amalan Nabi Muhammad saw. Dakwaan kaedah jarum tidak sunah kerana tidak pernah digunakan oleh Nabi Muhammad saw dan para sahabat adalah dakwaan yang meleset kerana pisau dan alat untuk menyedut darah yang digunakan oleh hampir kesemua Ahli Terapi Bekam masa kini juga merupakan alat yang baru dan tidak pernah digunakan di zaman Nabi Muhamamd saw.

Begitu juga dengan terapi lintah. Lintah tidak pernah digunakan oleh Nabi Muhammad saw untuk berbekam sama seperti kaedah pisau dan jarum masa kini yang juga tidak pernah digunakan oleh baginda saw. Apa yang saya tahu, Terapi Bekam Lintah ada dibincangkan dalam buku perubatan Ibnu Sina. Wallahu'alam.

Kami menguasai ketiga-tiga kaedah tersebut.Insya Allah. Kaedah mana yang ingin digunakan untuk berbekam adalah terpulang kepada pasien mengikut kehendak dan keselesaan mereka. Setiap kaedah bekam mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri seperti mana yang telah dibincangkan dalam "posting" yang lalu.

"Jika pada ubat yang kalian gunakan itu terdapat kebaikan, maka ia adalah dengan berbekam"(Abu Dawud & Ibnu Majah)

Bagi ahli terapi yang tidak menguasai ketiga-tiga kaedah, diharap tidak saling memburuk-buruk kaedah ahli terapi yang lain. Yang penting, setiap Ahli Terapi Bekam dan pasien muslim terutamanya, mestilah mengangkat Kaedah Terapi Bekam ini sebagai kaedah terapi yang utama untuk diamalkan kerana ianya jelas merupakan perubatan yang terbaik dan merupakan Sunah Nabi Muhammad saw. Disamping itu, matlamat Hijamah ialah untuk mengeluarkan darah bertoksik di bawah kulit dan usah dipertikaikan kaedah dan peralatan yang digunakan, selagi tidak melanggari syarak.

Sekian. terima kasih. Wallah u'alam.

Wednesday, October 28, 2009

Promosi Bekam di Seri Menanti.

Kami telah menyediakan gerai yang menyediakan pelbagai khidmat terapi sehingga 28hb Oktober sahaja. Terapi-terapi yang kami telah jalankan ialah Terapi Bekam Darah dengan menggunakan 3 kaedah (Jarum, pisau dan lintah), Urutan Refleksologi (Reflexologi), Akupuntur (Accupunture) dan urutan badan.

Kami juga menyediakan bilik yang bersesuaian untuk mereka yang pemalu dan inginkan "privacy" ketika menjalankan rawatan.


Kami membuat promosi istimewa untuk bekam lintah, harga asal kami ialah RM15.00 seekor termasuk pakej ubat-ubatan tetapi di karnival sempena pertabalan DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, kami hanya mengenakan bayaran sebanyak RM6.00 seekor sahaja.

Permintaan agak baik tetapi jauh dari sasaran kami kerana kedudukan khemah/ gerai kami yang jauh dan terpencil dari pentas dan aktiviti utama. Kami juga tidak meneruskan promosi ini yang sepatutnya berakhir pada 31hb Oktober kerana pengunjung-pengunjung yang sangat kurang dan aktiviti-aktiviti karnival yang gagal menarik kehadiran orang ramai.

Namun, kami gembira kerana dapat menyediakan khidmat kami untuk pasien-pasien yang datang dari jauh dan amat teristimewa kepada pasien-pasien dari Seri Menanti dan Kuala Pilah.


Daulat Tuanku.

Tuesday, October 27, 2009

Kelebihan dan kelemahan setiap jenis Terapi Bekam Darah.

Kami menyediakan terapi bekam darah (Wet cupping) yang ternyata sangat baik dalam menyembuhkan hampir kesemua penyakit-penyakit dengan izin Allah swt. Dakwaan ini berdasarkan beberapa hujah yang kuat iaitu:
1) Ianya merupakan Sunah Perubatan Nabi Muhammad saw.
2) Merupakan satu permintaan para malaikat untuk Nabi Muhammad saw memerintahkan umatnya supaya berbekam.
3) Sejarah membuktikan rawatan bekam darah sangat berkesan dalam merawat pasien terutamanya dalam peperangan silam.
4) Kajian saintifik membuktikan bahawa bekam darah adalah terapi yang sangat mujarab dalam merawat pelbagai penyakit.

Kami menyediakan terapi bekam darah dengan tiga kaedah iaitu dengan menggunakan jarum, pisau dan lintah. JARUM, PISAU DAN LINTAH KAMI ADALAH "PAKAI DAN LUPUS/ BUANG" untuk mengekalkan tahap kebersihan tertinggi dalam rawatan.

Setiap kaedah terapi mempunyai kelebihan dan kekurangannya seperti yang dinyatakan dibawah:

TERAPI BEKAM DARAH DENGAN JARUM (LANCET)



Kelebihan kaedah terapi bekam dengan menggunakan jarum dan peralatannya (Lencing device) ialah :
1) Mudah dikendalikan.
2) Luka yang sangat kecil.
3) Kedalaman jarum juga boleh diseragamkan dan dilaraskan.
4) Luka sangat mudah sembuh.
5) Boleh membekam banyak anggota-anggota bermasalah.
6) Hanya kemahiran yang sangat minima diperlukan oleh ahli terapi.
7) Sesuai untuk ahli terapi yang baru.
8) Tidak sakit dan ada yang hanya merasa geli sahaja.

Kelemahan terapi bekam dengan jarum sahaja tanpa peralatan (Lensing device):
1) Kedalaman jarum TIDAK boleh diseragamkan dan dilaraskan.
2) Kemahiran diperlukan oleh ahli terapi.
5) Tidak sesuai untuk ahli terapi yang baru.

Kelemahan kaedah terapi bekam darah dengan jarum:
1) Darah bertoksik yang keluar adalah sedikit.
2) Darah pasien berkemungkinan besar tidak keluar langsung kerana pekat dan kental seperti pasien-pasien darah tinggi dan seumpamanya.
3) Memerlukan tusukan yang banyak iaitu antara 7 - 42 tusukan.
4) Rasa pedih untuk sesetengah pasien dan sakit pada segelintir pasien berkulit sensitif.
5) Perlukan ulangan segera.

TERAPI BEKAM DARAH DENGAN PISAU



Kelebihan:
1) Agak mudah dikendalikan oleh ahli terapi yang mahir.
2) Darah bertoksik lebih banyak dapat dikeluarkan.
3) Boleh merawat banyak penyakit dengan segera dan mujarab.
4) Darah berhenti mengalir dan membeku dalam 10 minit.
5) Hanya 3 - 7 sayatan diperlukan untuk satu lokasi bekam.
6) Tidak sakit untuk sesetengah pasien.
7) Digemari oleh pasien yang telah mencuba menggunakan pisau berbanding kaedah lain.
8) Lebih mirip kepada bekam yang diamalkan oleh Rasulullah saw.

Kelemahan:
1) Kedalaman dan panjang luka sukar dikawal dan diseragamkan.
2) Luka yang agak lama untuk sembuh berbanding kaedah jarum.
3) Tidak digemari oleh pasien-pasien baru kerana rasa ngeri palsu yang bersangatan.
4) Pedih dan sakit untuk sesetengah pasien berkulit sensitif.
5) Kemahiran yang sangat tinggi diperlukan oleh ahli terapi.
6) Sangat tidak sesuai untuk ahli terapi yang baru dan dalam keletihan.

TERAPI BEKAM DARAH DENGAN LINTAH



Kelebihan:
1) Tidak sakit atau sangat tidak sakit bebanding kaedah lain.
2) Darah bertoksik lebih banyak dapat dikeluarkan.
3) Boleh merawat banyak penyakit dengan mujarab.
4) Tidak memerlukan perhatian sepenuhnya dari ahli terapi apabila lintah telah mula menghisap.
5) Pasien boleh berjalan-jalan sekiranya sesuai dan perlu.
6) Lintah mempunyai air liur yang boleh mencairkan darah. Oleh itu, pasien yang mempunyai darah yang pekat masih boleh dibekam dengan baik oleh lintah.
7) Pengamal terapi lintah juga berpandangan bahawa air liur lintah amat berkhasiat untuk kesihatan. Wallahu'alam.

Kelemahan:
1) Terpaksa menunggu lintah kenyang dan jatuh sendiri.
2) Masa rawatan yang panjang antara 45 min - 4 jam.
2) Lintah agak sukar dikendalikan pada awalnya.
3) Pendarahan berterusan antara 3 jam - 2 hari bergantung kepada pasien kerana air liur lintah masih terdapat di kawasan sedutan.
4) Kegatalan bergantung kepada kulit pasien.
5) Amat tidak sesuai untuk pasien yang berkulit sensitif kepada alahan.

Thursday, October 22, 2009

Khidmat Bekam Sempena Pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan


Sila ke gerai kami, kami akan memberi potongan harga istimewa sempena pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Kami akan menyediakan khidmat bekam di perkarangan Dewan Seri Menanti sempena Pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dari 23hb Oktober sehingga 1 hb November.

Daulat Tuanku.

Sunday, October 18, 2009

Hadis mengenai bekam.

Terdapat banyak hadis mengenai bekam di antaranya ialah:

1. Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Kalian harus berbekam dan menggunakan al-qushtul bahri"
(Diriwayatkan oleh Imam bukhari, Muslim dan Ahmad)

2. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Sesungguhnya sebaik-baik sarana yang kalian gunakan untuk berubat adalah bekam, al-kist dan syuniz"
(lihat Kasyful Astaar 'an Zawaaa-idil Bazaar)

3. Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan."
(Lihat Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami' dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)

4. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu"
(Lihat Kasyful Astaar 'an Zawaa-idil Bazzar)

5. Dari 'Uqbah bin 'Amir, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau meminum madu atau dengan membakar di tempat yang sakit. Dan aku membenci pembakaran"
(Riwayat Imam Ahmad)

6. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalender Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit"
(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud)



7. Dari Abu Kabsyah al-'Anmari r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berbekam di bahagian tengah kepalanya dan di antara kedua bahunya. Dan Baginda bersabda:
"Barangsiapa mengalirkan darah ini, maka tidak ada mudharat baginya untuk mengubati sesuatu dengan sesuatu"
(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud dan Jaami'ul Ushuul)

8. Diriwayatkan oleh Ibnu Sunni dan Abu Nu'aim, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Kalian harus berbekam di jauzatil qamahduwah, kerana sesungguhnya ia dapat menyembuhkan 70 penyakit"

9. Dari Anas bin Malik r.a., dia bercerita:
"Rasulullah s.a.w. biasa berbekam di bahagian urat merih (jugular vein) dan pada bahagian belakang. Baginda biasa berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21".
(Riwayat at-Tirmizi)

10. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasullah s.a.w. bersabda:
"Berbekam dalam keadaan perut kosong adalah yang paling baik, di mana ia akan menambah ketajaman menghafal. Ia akan menjadikan seseorang penghafal lebih mudah menghafal. Oleh kerana itu, sesiapa yang hendak berbekam, maka sebaiknya dia melakukannya pada hari Khamis dengan menyebut nama Allah. Hindarilah berbekam pada hari Jumaat dan Sabtu serta Ahad. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa. Hindarilah berbekam pada hari Rabu kerana hari tersebut merupakan hari di mana Nabi Ayyub tertimpa malapetaka. Tidaklah timbul penyakit kusta dan lepra kecuali pada hari Rabu atau malam hari Rabu"
(Lihat Shahih Sunan Ibni Majah)

11. Dari Anas r.a., dia bercerita: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jika terjadi panas memuncak, maka neutralkannya dengan berbekam sehingga tidak berlaku darah tinggi pada seseorang dari kalian yang akan membunuhnya"
(Diriwayatkan oleh al-Hakim).

12. Dari Ibnu 'Abbas r.a., dia bercerita: "Nabi Allah s.a.w. bersabda:
"Sebaik-baik hamba adalah tukang bekam, mengeluarkan darah dan meringankan tulang rusuk serta memperjelaskan pandangan."
(Sunan Abni Majah)

Pesanan Malaikat supaya berbekam dan rahsianya.



Dari 'Abdullah bin Mas'ud r.a., beliau berkata:
"Rasulullah saw pernah menyampaikan sebuah hadis tentang malam di mana baginda s.a.w. diperjalankan bahawa baginda s.a.w. tidak melalui sejumlah Malaikat melainkan mereka semuanya menyuruh baginda s.a.w. dengan mengatakan 'Perintahkanlah umatmu untuk berbekam".
(Shahih Sunan at-Tarmidzi)

Dari Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidaklah aku melalui satu dari langit-langit yang ada melainkan para Malaikat mengatakan 'Hai Muhammad, perintahkan umat mu untuk berbekam, kerana sebaik-baik rawatan yang kalian gunakan untuk berubat adalah berbekam..."
(Kasyul Astaar 'an Zawaa-idil Bazar)

Jelas sekali bahawa dengan berbekam adalah merupakan kaedah rawatan yang sangat baik sehingga Malaikat meminta supaya Nabi Muhammad s.a.w. memerintahkan umatnya berbekam.

Berbekam ialah dengan mengeluarkan atau melimpahkan darah kotor iaitu sel darah yang melebihi usia sepatutnya serta mengandungi segala bahan buangan badan. Darah ini berkumpul di bawah kulit dan ianya pekat kerana mengandungi pelbagai bahan buangan dan berwarna gelap kerana kekurangan oksigen. Darah ini dapat dikenalpasti apabila berbekam dengan warnanya yang gelap dan terlalu mudah untuk membeku.



Darah yang pekat ini merbahayakan kepada kesihatan kerana boleh menyekat perjalanan darah dipembuluh-pembuluh darah yang halus. Oleh itu, mengeluarkan darah ini sangat penting untuk menghindarkan komplikasi seperti lenguh-lenguh kerana otot kekurangan oksigen, sakit kepala, migrain, pening kerana kekurangan darah beroksigen ke kepala dan malahan boleh menghindarkan strok kerana pembuluh darah seni di kepala pecah kerana tersekat oleh darah-darah yang tidak dikehendaki ini.

Nabi Muhammad s.a.w. sering berbekam di kepala apabila baginda s.a.w. mengalami sakit kepala malahan apabila baginda terminum racun dan terkena sihir juga.

Dengan berbekam sistem imuniti badan akan bertambah kuat kerana darah akan menyembuhkan dan mencegah jangkitan di tempat yang dibekam. Malahan Nabi s.a.w. dan para sahabat berbekam dengan menggunakan pisau belati yang pastinya lukanya besar berbanding dengan kaedah moden ketika ini yang menggunakan jarum. Luka yang besar ini membuatkan darah bekerja lebih kuat untuk menyembuhkan luka tersebut dan menghindarkan jangkitan. Oleh itu, sistem imuniti badan akan bertambah. Tidak hairanlah jika para sahabat hebat dalam berperang kerana ketika itu berperang dengan menggunakan senjata tajam dan luka dari senjata tersebut mudah sembuh dan jangkitan boleh diminimakan kerana mereka sudah biasa dengan luka sedemikian hasil dari selalu berbekam. Terapi berbekam sebegini perlu untuk memastikan sistem imuniti badan sentiasa di tahap yang lebih baik

Darah yang hilang akibat berbekam akan diganti oleh sum-sum tulang badan dengan darah yang baru. Darah baru ini lebih segar dan mampu membawa oksigen dan nutrien dengan lebih efisien ke seluruh badan. Seterusnya dengan oksigen dan nutrien yang cukup, organ manusia akan bertambah segar dan kerosakan tisu boleh diperbaiki dengan lebih baik. Seterusnya kesihatan orang yang sering berbekam akan juga sentiasa bertambah baik. Insya Allah

Wallahu'alam.

Saturday, October 17, 2009

Khidmat Masyarakat



Salam & selamat menuju kesejahteraan….

Pada 14hb Februari yang baru sahaja berlalu, kami telah menyertai Program Khidmat Kesihatan Percuma dan Rawatan Bekam dianjurkan oleh Pusat Khidmat DUN Paroi dengan kerjasama Surau Taman Desa Melor, Senawang dan Yayasan Amal Negeri Sembilan.
Kami menyertai program ini sebagai sumbangan untuk Yayasan Amal Negeri Sembilan.

Kami telah membawa 3 orang Herbalis dan seorang juru bekam HPA untuk membuat Khidmat Rawatan Bekam. Khidmat Bekam ini dianjurkan dengan kadar bayaran yang minima iaitu sebanyak RM30.00 setiap sesi. Setiap sesi akan dilakukan bekam dengan minima 7 lokasi titik-titik asas iaitu titik-titik yang baginda Rasulullah saw selalu melakukan bekam. Namun begitu, selalunya setiap sesi bekam dibuat melebihi tujuh titik, malahan mencapai belasan titik. Kos rawatan ini begitu minima berbanding waktu biasa iaitu sekitar RM60.00 - RM100.00 di Negeri Sembilan dan RM80.00 – RM180.00 di Lembah Kelang untuk satu sesi rawatan, malahan ada yang mengenakan RM10.00 bagi setiap titik bekam.

Tujuan khidmat bekam ini utuk memasyurkan rawatan baginda Rasulullah saw di sekitar Negeri Sembilan dan untuk mempraktikkan ilmu yang dipelajari seumpama peribahasa Melayu yang mengatakan “Apa guna kemenyan sebesar tungku, kalau tidak dibakar” yang bermaksud apa gunanya (tidak berfaedah malah boleh terlupa) mempunyai ilmu dan kepandaian, jikalau tidak dimanfaatkan untuk kesejahteraan semua.

Dapatkan buku terlaris "Passport" Rasulullah SAW



Sila dapatkan buku kecil yang menarik berbentuk dan berkualiti mirip passport yang mengandungi ringkasan biodata Nabi Muhammad saw dan keluarga baginda yang ringkas dan lengkap.

Untuk mendapatkan naskah anda, ikut langkah ini:

1) Sila bank-in ke akaun saya, Mohamad Husaini bin Husin, akaun MAYBANK 162357001095

2) Kemudian sila sms ke hp saya, 013-359 8318 atau email, mhhrs@yahoo.co.uk  butir-butir berikut:
          a) Tarikh bank-in
          b) Jumlah bank-in
          c) Nama penuh anda
          d) Alamat untuk diposkan buku comel untuk anda dan
          e) No hp anda (Email sahaja)

Format SMS seperti berikut:

PR (Tarikh) (Jumlah RM) (Nama penuh) (Alamat penuh)

Contoh

PR 5/3/2010 RM250 Mohamad Husaini Husin No 53 Jalan PS 5/13 Tmn Pinggiran Senawang 71450 Sungai Gadut N9.

Harga pasaran adalah RM29.90 dan harga tawaran kami adalah RM25.00 termasuk kos penghantaran melalui pos laju bagi seluruh Semenanjung Malaysia. Untuk 10 naskah, kami hadiahkan senaskah untuk anda. Melebihi 50 naskah, harga boleh dirunding. 1000 naskah, HARGA RUNTUH!

Jika anda sayang Baginda saw, sila dapat naskah anda, atau hadiahkan kepada yang tersayang. Dapatkan naskhah anda terus dari saya, Mohamad Husaini Husin iaitu Editor dan penerbit buku menarik ini.

Terima kasih

Mohamad Husaini Husin
Editor
"Passport" Muhammad Rasulullah
Penerbit Triple Power Publication