Wednesday, December 28, 2011

Merawat resdung



Minyak zaitun bagus dimakan mentah,
Menjadi rosak jika dipanaskan;
Accupunture dan bekam lintah,
Kita berusaha Allah swt sembuhkan.

Abatusawda penawar penyakit kecuali mati,
Disabda Nabi saw beribu tahun dulu;
Rawatan resdung di pusat terapi,
Cikgu ini sudah 2 tahun tak dapat menghidu.

Thursday, December 1, 2011

Persoalan Iblis dan syaitan di bulan Ramadhan.



HARI INI ADIK IPAR BERTANYA "BULAN PUASA SYAITAN DIIKAT, MENGAPA ADA GANGGUAN DAN KERASUKAN".

DALAM MASALAH INI ADA 4 PENDAPAT IAITU :

1) Pendapat pertama:
Iblis dan jin syaitan yang tidak bertuan diikat. Tidak boleh mengganggu semua orang. Jin syaitan yang bertuan dan yang mencari tuan baru dikalangan manusia masih bebas untuk menjalankan perintah tuannya. Itu sebabnya dibulan puasa masih ada gangguan seperti saka dan sihir. Boleh sahaja tukang sihir menjalankan sihirnya di bulan mulia itu.

2) Pendapat kedua:
Iblis dan jin syaitan yang bertaraf tinggi saja diikat. Tidak boleh mengganggu semua orang. Jin syaitan yang rendah tarafnya masih bebas untuk mengganggu sesiapa sahaja termasuk menurut perintah tukang sihir. Itu sebabnya gangguan di bulan mulia itu berkurangan berbanding di bulan-bulan lain.

3) Pendapat ketiga:
Iblis dan jin syaitan semua diikat tanpa kecuali. Yang mengganggu dan merasuk di bulan mulia itu adalah jin kafir dan jin Islam sendiri.

4) Pendapat keempat:
Iblis dan syaitan tidak diikat seperti dibayangkan oleh ramai orang. Mereka masih bebas tetapi tidak boleh menghampiri orang yang berpuasa dengan ikhlas, apatah lagi untuk mengganggu. Itu sebabnya masih terlalu banyak maksiat dan kemungkaran di bulan mulia itu dilakukan oleh orang yang tidak berpuasa atau berpuasa tetapi tidak ikhlas.

Perlu diingat bahawa syaitan dikalangan manusia iaitu orang yang sentiasa mensyirikkan Allah & mengajak manusia lain mensyirikkan Allah, selalu berbuat dosa dan kemungkaran, memusuhi Allah swt dan Nabi Muhammad saw tidak diikat seperti kebanyakkan orang yahudi, dukun, pawang & bomoh.

Hawa nafsu dalam diri manusia juga tidak diikat. Oleh itu, boleh saja maksiat dan kemungkaran berlaku di bulan mulia itu walau pun tanpa campurtangan iblis dan jin syaitan. Ini adalah kerana hawa dan nafsu tidak dilawan & ditundukkan dengan puasa dan mujahadah yang ikhlas.

Wallahu'alam