Monday, November 14, 2011

Berbekamlah kerana itu sunnah Nabi


Bersarang rendah si burung tempua,
Bersarang di kebun Pak Attan;
Salam sejahtera kepada semua,
Semoga Allah swt kurniakan kesihatan.

Burung Tempua terbang tersasar,
Terlanggar pokok patah sayapnya;
Janganlah takut janganlah gusar,
Berbekam itu kurang sakitnya.
Burung Tempua beranak lima,
Jatuh seekor di atas serambi;
Berbekamlah kita bersama-sama,
Berbekam itu sunnahnya Nabi.
Burung Tempua bersarang di pokok beringin,
Tangkap seekor dijual ke Pekan;
Wap air itu tandanya badan banyak angin,
Dengan berbekam angin badan dikeluarkan.
Burung tempua ditangkap Pak Itam,
Seekor terbang lari ke sempadan;
Kurang oksigen darah merah hitam,
Tidak baik untuk kesihatan badan.
Tempua bersarang atas bukit,
Bukit Berapit bercabang tiga;
Kaki lenguh dan sakit-sakit,
Jika dibekam Insya Allah lega.

Burung tempua berjaya dipikat,
Memikat burung di tepi tasik;
Darah berlendir lagilah pekat,
Itu tandanya darah banyak toksik.

Burung terkukur burung tempua,
Burung banyak di Negara Burma;
Berbekamlah kita semua,
Jaga kesihatan paling utama.

No comments:

Post a Comment