Dengan penyakit yang semakin banyak, rawatan tidak terhad kepada perubatan moden. Peningkatan permintaan terhadap perubatan alternatif membuktikan masyarakat mencuba pilihan lain untuk sihat. Walaupun doktor-doktor skeptikal mengenainya, kajian terhadap rawatan itu menunjukkan keberkesanannya terhadap sesetengah kes. Dua dari kaedah rawatan alternatif tersebut adalah terapi bekam dan bekam lintah.
BEKAM
Gambar: Bekam kering/ angin untuk mengesan masalah jantung.
Orang Melayu mengenalinya sebagai bekam. Teknik rawatan tradisional ini menggunakan bahan-bahan seperti buluh, gelas, tembaga dan malahan tanduk kerbau. Ia dikatakan berasal dari rawatan kuno Cina. Ia juga diamalkan oleh orang-orang Jepun dan Arab yang memanggilnya sebagai al-Hijamah.
Dua kaedah bekam iaitu kering dan basah.
Bekam kering, cawan gelas dipanaskan untuk mengujudkan keadaan vakuum. Cawan tadi kemudiannya diletakkan di tempat-tempat tertentu anggota badan untuk menyedut kulit anggota tersebut. Ini membantu membuka liang roma, merangsang pengaliran darah, mengimbang dan melaraskan tenaga yang dikenali sebagai "qi", memecahkan sumbatan pada salur darah dan menjadi tempat di mana toxin dikeluarkan dari badan.
Gambar: Bekam basah/ darah boleh menggunakan jarum atau pisau.
Bekam basah menggunakan tusukan jarum. Apabila cawan diletakkan di tempat tusukan, sedikit darah mungkin keluar dari tempat tusukan untuk membantu mengeluarkan toxin dari tubuh.
Bekam dikatakan boleh mengeluarkan toxin-toxin, mengaktifkan sistem limphatik dan membersihkan sumbatan pada usus besar dan pembuluh darah. Dipercayai bahawa bekam adalah rawatan yang berkesan untuk pelbagai masalah dan kesakitan otot dan tulang, disamping meningkatkan kesihatan secara amnya.
Terapi bekam lintah.
Rawatan menggunakan lintah untuk perubatan semakin popular di antara kesemua rawatan alternatif. Bekam lintah digunakan untuk mengeluarkan darah semenjak 2500 tahun dulu semasa tamadun Mesir kuno lagi.
Bila rawatan moden dikenali, ia telah dikesampingkan dan dilupakan, sehinggalah ia kembali digunakan pada tahun 80an. Terapi lintah kembali digunakan apabila ia digunakan selepas pembedahan mikro untuk menghalang luka dari membengkak dan mengelakkan pengumpallan darah dari berlaku. Lintah akan menyedut lebihan darah, seterusnya mengurangkan tisu membengkak dan meningkatkan kadar penyembuhan selepas pembedahan.
Kajian mendapati bahawa air liur lintah mengandungi 100 bahan biologi aktif termasuk hirudin iaitu bahan yang menghalang pembekuan darah.
Gambar: Terapi bekam lintah.
Terapi bekam lintah dikatakan boleh mengurangkan stres, mengembalikan pola tidur yang normal, merawat penyakit-penyakit jantung, darah tinggi, arthritis dan sebagainya. Ia juga dikatakan boleh menyembuhkan kerosakan pembuluh darah pada tisu-tisu dan organ-organ badan, meningkatkan immuniti (daya tahan tubuh), mempercepatkan pengeluaran toxin dan menghalang strok (angin akhmar)
Ia boleh mengantikan botox dan pembedahan plastik - Artis Hollywood seperti Demi Moore menggunakan kaedah ini untuk mengeluarkan toksik dan membersihkan darahnya. Mungkin kenapa beliau kelihatan lebih muda dari sepatutnya!.
Gambar: Demi Moore mengamalkan terapi bekam lintah.
Diterjemahkan secara bebas dari:
http://info-kesihatan-anda.blogspot.com/2009/03/cupping-and-hirudotherapy.html
salam. saya nak tanya, adakah rawatan bekam lintah masih ada di johor bahru ?
ReplyDelete-saya norshila bt p.mastar
-student uitm