Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Bahawasanya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram".
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Baru-baru ini kenalan saya yang bekerja di RapidKL, seorang jurutera komputer telah meninggal dunia kerana masalah jantung. Semoga beliau dirahmati Allah swt di dunia dan akhirat.
Baru-baru ini juga datang pesakit yang mendapatkan rawatan kerana badannya kesakitan. Saya mencadangkan agar beliau berbekam dan dibantu dengan urutan. Beliau menolak dan hanya ingin diurut. Sedangkan berbekam lebih baik dan utama dari urutan kerana dengan berbekam, darah kotor, pekat dan kental yang menyekat pengaliran darah dapat dikeluarkan dari badan. Urutan selepas berbekam pula akan dapat membantu pengaliran darah dengan lebih baik. Dengan berbekam juga, kita mengamalkan sunah Nabi Muhammad saw dan pasti berpahala mengamalkannya. Insya Allah. Amat malang, kita hanya menjadikan sunah sebagai alasan untuk menjustifikasikan tindakan kita untuk berpoligami walau pun selama ini kita tidak pernah bercita-cita untuk mengamalkan sunah baginda yang lain termasuk berbekam!.
Selepas urutan saya mencadangkan beliau untuk mengambil herba atau supplement agar kesihatannya bertambah baik kerana beliau juga menghadapi penyakit kencing manis, masalah jantung dan tekanan darah tinggi. Terkejut saya apabila beliau mengatakan "Saya tidak boleh memakan sebarang ubat lain, kerana doktor tidak benarkan. Hanya boleh menggunakan ubat yang diberinya sahaja. Doktor tidak akan bertanggungjawab terhadap penggunaan ubatan lain. Doktor kata penyakit saya tidak boleh dirawat hanya dikawal sahaja. Pernah terjadi saya terlupa untuk makan ubat selama 2 hari, dan terus saya terkena strok".
Dari kenyataan pesakit ini beberapa persoalan timbul iaitu:
Dikhuatiri rosak keimanan.
Allah swt yang menurunkan penyakit, Allah swt memberikan ubatnya dan Allah swt yang juga menyembuhkannya. Sebarang kenyakinan dan pegangan (iktikad) selain ini akan menjejaskan keimanan kita kepada Allah swt. Mempercayai sepenuhnya doktor dan ubat doktor menyembuhkan penyakit dikhuatiri boleh menjejaskan iman seseorang. Begitu juga jika mempercayai bomoh, bekam, herba dan sebagainya. Doktor, ahli bekam, ubat, herba dan berkaitan dengannya adalah wadah atau perantaraan dan ikhtiar kita semata-mata. Kekuasaan mutlak hanya milik Allah swt, tuhan sakalian alam.
Bersalahan dengan hadis.
Kenyataan doktor yang mengatakan tiada ubat untuk penyakit kencing manis, darah tinggi dan masalah jantung menurut kata pesakit tersebut adalah bertentangan dengan hadis di atas. Kesalahan ini sangat serius kerana ianya adalah hadis yang sohih.
Wallah'ualam.
No comments:
Post a Comment