Selepas kuliah dalam masa berbincang, keluarkan lagi soalan tentang unggapan yang sama.Tuan guru menerangkan bahawa pada lumrahnya nak masuk syurga mesti dengan beramal dan tanpa amalan keinginan itu hanya sesuatu yang mustahil. Tetapi jika kita beramal dan ingin masuk syurga atas amalan itu, sesuatu yang tidak boleh juga. Lantas ada yang menyampuk "Masuk syurga bukan kerana amalan tetapi kerana rahmat dari Ilahi".

GAMBAR: BERBEKAM BOLEH MENYEMBUHKAN PELBAGAI PENYAKIT TERMASUK KENCING MANIS DAN DARAH TINGGI, INSYA ALLAH.
Saya teringat pula satu unggapan yang saya sering gunakan dalam latihan motivasi dan menyampuk "Tuan Guru, samalah dengan kalau hendak berjaya mesti berusaha tetapi dengan usaha tidak semestinya kita berjaya". Guru menjawab "Ya, usaha tidak mendatangkan bekas".

Seorang lain sahabat menyampuk, "Nak anak mesti bersama isteri, mustahil boleh mempunyai anak jika tidak bersama isteri, tapi jika bersama isteri setiap malam pun belum tentu menghasilkan anak".

GAMBAR: KIROPRAKTIK BOLEH MEMBANTU MASALAH TULANG BELAKANG, INSYA ALLAH.
Ilmu tasauf ini kekadang sesekali pandang sukar nak faham, oleh itu penjelasan sangat perlu. Kefahaman itu bermacam-macam dan semuanya adalah dengan kehendak dan rahmat Allah swt juga.

Begitu juga dalam bidang perubatan ini, "kalau sakit, mestilah berubat untuk sihat tetapi dengan berubat tidak semestinya sihat". Yang memberi sakit kepada kita adalah Allah swt dan yang menyembuhkannya tetap Allah swt juga. Rawatan termasuk dengan berbekam adalah semata-mata amal dan usaha yang tidak mendatangkan bekas kecuali dengan kehendak dan izin dariNya semata-mata. Maka berubatlah, beristifarlah, berdoalah dan bertawakallah. Moga-moga Allah swt menyembuhkan kita dari sebarang penyakit sekiranya itu yang terbaik untuk kita dan atas kehendak dan keizinanNya jua.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment