Sunday, January 17, 2010

Berbekam boleh merawat sakit kepala dan migrain.

Salam,

Dalam Majalah Solusi keluaran 14 (2009), Dr Farhan Hadi Mohd Taib menulis mengenai perubatan nabi iaitu bertajuk Berbekam Boleh Merawat Migrain.

Saya sangat gembira kerana ketika ini semakin ramai professional mulai terdedah dan menyokong serta mendokong perubatan yang diamalkan oleh Nabi Muhammad saw termasuk doktor-doktor perubatan moden/ barat. Dr. Farhan seorang Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Bagan Terap, Sabak Bernam dan merupakan Ahli Pemeriksa Kesihatan Jemaah haji 2009. Perubatan yang diamalkan Nabi Muhammad saw antaranya ialah BERBEKAM.


Gambar: Bekam di atas kepala boleh merawat dan mencegah sakit kepala, migrain, strok dan pelbagai masalah berkaitan kepala. Insya Allah.

Dr. Farhan menulis simptom-simptom migrain ialah seperti:
1) Rasa ngeri seperti ditusuk dengan jarum pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung dan sekitar mata.
2) Kesakitan teramat sangat, berdenyut-denyut dan menyerang sebelah kepala dan mungkin disertai dengan sakit kepala yang lain.
3) Pandangan menjadi silau dan kabur dan adakalanya menjadi gelap.
4) Tekak merasa loya, muntah serta kaki dan tangan menjadi sejuk.
5) Pesakit akan menjadi sensitif terhadap sebarang bunyi dan cahaya.
6) Sebahagian pesakit akan mengalami pengumpulan cecair badan sehingga wajah seakan-akan membengkak, kelopak mata menjadi sembab dan tangan serta kaki menjadi besar daripada biasa sehingga cincin dan kasut menjadi sempit.
7) Serangan biasanya akan berakhir dalam tempoh 4-72 jam.


Gambar: darah yang terlalu mudah beku, kegelapan dan tidak mudah telap tisu/ kain adalah darah bertoksik.

Seorang khadam Rasullullah saw mengatakan: "Tidak seorang yang mengadu sakit kepalanya kepada Rasulullah saw melainkan baginda mengatakan. "Berbekamlah" (Sahih Sunan Abi Daud). Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a., "Bahawa Rasulullah saw pernah berbekam ketika Baginda berada dalam keadaan berihram daripada sakit yag dirasakan di kepala Baginda". (Sahih Ibn Khuzaimah dengan tahkik al-Azhami).

Saya adalah salah seorang pengidap migrain dan pernah ke Hospital Tawakkal di Jalan Pahang, Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan migrain lebih 5 tahun dahulu. Setiap bulan saya akan menghabiskan sepapan Panadol untuk menghilangkan migrain yang kerap menyerang. Semenjak saya mengamalkan rawatan bekam, saya tidak mengalami sakit kepala yang teruk dan tidak pernah lagi mengambil sebarang ubat tahan sakit. Sekiranya migrain hendak menyerang, bekam adalah jalan penyelesaian terbaik bagi saya. Insya Allah.


Gambar: Bekam di bawah kepala dan tengkuk juga boleh merawat dan mencegah 72 jenis penyakit antaranya sakit kepala, migrain, strok dan pelbagai masalah kepala.

Lebih dari 2 tahun ini sudah ramai pesakit-pesakit yang mendakwa mereka mengidap migrain dan datang untuk mendapatkan rawatan. Syukur ke hadrat Ilahi kerana bekam adalah jalan penyelesaian yang terbaik juga bagi mereka. Sebagai seorang mukmin sejati, Rasulullah saw adalah suri teladan terbaik bagi kita. Semestinya jika sayangkan Rasulullah saw, maka sayangkan juga sunah perubatan Baginda saw seperti peribahasa "Seperti menjaga intan permata ketika dicanai" bermaksud kasih sayang yang tiada bandingannya.

"Berbekamlah kerana berpahala sebab amalan Nabi Muhammad saw, terapi terbaik untuk merawat semua penyakit serta disarankan oleh para malaikat semasa mikraj". Wallahu'alam.

1 comment:

  1. Darah beku di otak boleh dihilangkan menggunakan bekam x ? Sbb doc ckp utk keluarkan darah beku kene buat operation dlm mase trdekat ni tp hasilnya 50/50.. mohon beri penjelasan

    ReplyDelete