Saturday, January 16, 2010

Bekam dan masalah tulang belakang

Salam,

Masalah kesakitan di tulang belakang sering terjadi atas pelbagai sebab antaranya adalah kemalangan, mengangkat barang yang berat dengan cara manual dan dengan kaedah yang tidak betul, faktor genetik dan sebagainya.

Tulang belakang bermasalah seperti bengkok menyebabkan kesakitan. Selalunya pengidap penyakit ini akan merasa serba salah. Baring terasa sakit, duduk terasa ngilu, berdiri rasa nak rebah. Rasa serba salah ini ibarat seperti "mandi dalam cupak" atau seperti "kuda tua, diperkerjakan tidak boleh, nak bunuh terasa sayang.



Malahan, saraf tunjang yang berada di bahagian tulang belakang boleh tersepit dan menyebabkan pelbagai kesakitan yang lain. Bergantung kepada lokasi di mana saraf tersepit, sekiranya saraf tangan dan kaki tersepit boleh menyebabkan tangan dan kaki merasa kebas, jika saraf kemaluan yang tersepit, implikasinya boleh menyebabkan mati pucuk dan pelbagai lagi masalah sehingga ia boleh menyebabkan lumpuh seluruh badan.



Tulang belakang yang bermasalah atau bengkok perlu dirawat dengan amalan kiropraktik atau senaman yang sesuai. Bekam di tepi tulang yang bermasalah dan herba tertentu boleh membantu merawat tulang tersebut. Ia perlu dibuat selalu kerana tulang tersebut tidak mudah sembuh atau kembali ke tempat asalnya. Sekiranya ia tidak di rawat, kesakitan atau akibat darinya sukar dirawat dan berbekam juga kurang membantu.

Insya Allah. Setiap penyakit ada ubatnya.

No comments:

Post a Comment