Hijamah (Bekam) diambil dari kata kerja hajama yang bererti menyedut. Dengan yang demikian, yang dimaksudkan dengan hijamah adalah menyedut sejumlah darah dari tempat tertentu (dengan tujuan mengubati organ tubuh atau penyakit tertentu). (Dr Aiman Al-Husaini, 2007).
Sering diperdebatkan tentang yang mana satu bekam sunah. Antara bekam dengan kaedah pisau, jarum atau lintah.
Gambar: Pisau belati
Nabi Muhammad saw dan para sahabat menggunakan pisau belati untuk membuat sayatan pada kulit sebelum disedut darah yang keluar dengan pelbagai alat seperti tanduk dan sebagainya.
Bekam yang hampir mirip kepada amalan Nabi Muhammad saw adalah bekam yang menggunakan sayatan daripada pisau. Para ahli terapi hari ini menggunakan pisau cukur, pisau lipat, pisau pembedahan dan sebagainya untuk membuat sayatan pada kulit pasien. Jarang dipertemukan dengan ahli terapi yang menggunakan pisau belati sepertimana yang diamalkan oleh Nabi Muhammad saw. Pisau cukur digemari oleh ahli terapi kerana ianya mudah dikendalikan dan tajam. Ianya dipakai sekali sahaja dan dibuang. Pasien yang mementingkan "higean" memang mementingkan kaedah pakai buang ini berbanding pisau yang digunakan semula. Jika dilihat dari alat yang yang digunakan untuk membuat sayatan dan untuk menyedut darah, ianya jelas tidak sama dengan pisau belati dan alat untuk menyedut darah yang digunakan oleh Rasulullah saw. Dakwaan mengatakan kaedah ini 100% adalah sunah sangat boleh dinafikan.
Kaedah jarum pula didakwa tidak sunah. Kaedah jarum merupakan kaedah bekam yang lebih moden dan sekiranya dilihat sekali lagi erti hijamah, jelas kaedah jarum juga boleh diterima sebagai kaedah hijamah (Bekam) dan bertujuan sama dengan amalan Nabi Muhammad saw. Dakwaan kaedah jarum tidak sunah kerana tidak pernah digunakan oleh Nabi Muhammad saw dan para sahabat adalah dakwaan yang meleset kerana pisau dan alat untuk menyedut darah yang digunakan oleh hampir kesemua Ahli Terapi Bekam masa kini juga merupakan alat yang baru dan tidak pernah digunakan di zaman Nabi Muhamamd saw.
Begitu juga dengan terapi lintah. Lintah tidak pernah digunakan oleh Nabi Muhammad saw untuk berbekam sama seperti kaedah pisau dan jarum masa kini yang juga tidak pernah digunakan oleh baginda saw. Apa yang saya tahu, Terapi Bekam Lintah ada dibincangkan dalam buku perubatan Ibnu Sina. Wallahu'alam.
Kami menguasai ketiga-tiga kaedah tersebut.Insya Allah. Kaedah mana yang ingin digunakan untuk berbekam adalah terpulang kepada pasien mengikut kehendak dan keselesaan mereka. Setiap kaedah bekam mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri seperti mana yang telah dibincangkan dalam "posting" yang lalu.
"Jika pada ubat yang kalian gunakan itu terdapat kebaikan, maka ia adalah dengan berbekam"(Abu Dawud & Ibnu Majah)
Bagi ahli terapi yang tidak menguasai ketiga-tiga kaedah, diharap tidak saling memburuk-buruk kaedah ahli terapi yang lain. Yang penting, setiap Ahli Terapi Bekam dan pasien muslim terutamanya, mestilah mengangkat Kaedah Terapi Bekam ini sebagai kaedah terapi yang utama untuk diamalkan kerana ianya jelas merupakan perubatan yang terbaik dan merupakan Sunah Nabi Muhammad saw. Disamping itu, matlamat Hijamah ialah untuk mengeluarkan darah bertoksik di bawah kulit dan usah dipertikaikan kaedah dan peralatan yang digunakan, selagi tidak melanggari syarak.
Sekian. terima kasih. Wallah u'alam.
No comments:
Post a Comment