Saturday, October 17, 2009

Khidmat Masyarakat



Salam & selamat menuju kesejahteraan….

Pada 14hb Februari yang baru sahaja berlalu, kami telah menyertai Program Khidmat Kesihatan Percuma dan Rawatan Bekam dianjurkan oleh Pusat Khidmat DUN Paroi dengan kerjasama Surau Taman Desa Melor, Senawang dan Yayasan Amal Negeri Sembilan.
Kami menyertai program ini sebagai sumbangan untuk Yayasan Amal Negeri Sembilan.

Kami telah membawa 3 orang Herbalis dan seorang juru bekam HPA untuk membuat Khidmat Rawatan Bekam. Khidmat Bekam ini dianjurkan dengan kadar bayaran yang minima iaitu sebanyak RM30.00 setiap sesi. Setiap sesi akan dilakukan bekam dengan minima 7 lokasi titik-titik asas iaitu titik-titik yang baginda Rasulullah saw selalu melakukan bekam. Namun begitu, selalunya setiap sesi bekam dibuat melebihi tujuh titik, malahan mencapai belasan titik. Kos rawatan ini begitu minima berbanding waktu biasa iaitu sekitar RM60.00 - RM100.00 di Negeri Sembilan dan RM80.00 – RM180.00 di Lembah Kelang untuk satu sesi rawatan, malahan ada yang mengenakan RM10.00 bagi setiap titik bekam.

Tujuan khidmat bekam ini utuk memasyurkan rawatan baginda Rasulullah saw di sekitar Negeri Sembilan dan untuk mempraktikkan ilmu yang dipelajari seumpama peribahasa Melayu yang mengatakan “Apa guna kemenyan sebesar tungku, kalau tidak dibakar” yang bermaksud apa gunanya (tidak berfaedah malah boleh terlupa) mempunyai ilmu dan kepandaian, jikalau tidak dimanfaatkan untuk kesejahteraan semua.

No comments:

Post a Comment